BANGUNAN BARU UNTUK PELAJAR DI MESIR

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2017/22012017/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

mesri3a

22 Januari – Bangunan asrama baru bagi pelajar tajaan MAIWP di Mesir telah dirasmikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP baru-baru ini.

Asrama tersebut disediakan memandangkan asrama sedia ada tidak dapat menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat. Asrama sedia ada hanya dapat menampung pelajar seramai 80 orang pelajar sahaja. Justeru, dengan adanya asrama baru ini, ia dapat menampung pelajar seramai 272 orang.

Lokasi asrama baru ini juga lebih dekat dengan Universiti Al Azhar Cawangan Kaherah.

Bangunan yang siap diubahsuai itu telah di serahkan kepada Duta Besar Malaysia ke Republik Arab Mesir TYT Dato’ Ku Jaafar bin Ku Shaari.

YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir berharap dengan adanya bangunan asrama baru itu akan memberikan keselesaan kepada para pelajar  Wilayah Persekutuan yang belajar di sana.

Antara yang hadir pada majlis perasmian tersebut ialah Encik Shahabudeen Bin Adam Shah, Ketua Censai Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), dan Ir. Abdul Karim Bin Mohamed, Timbalan Pengurus Bahagian Pembangunan dan Pelaburan mewakili pengurusan MAIWP.

mesri1.jpgmesri2.jpgmesri3.jpgmesri3a.jpgmesri4.jpgmesri5.jpgmesri6.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!