KEKALKAN KECEMERLANGAN

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2017/27012017/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

pbjanuari4a

27 Jan. – Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Januari 2017 telah diadakan di Dewan Seminar, Aras 1 Bangunan PERKIM Kuala Lumpur.

Majlis perhimpunan pertama kali diadakan pada tahun 2017 ini dimulai dengan bacaan surah Yassin dan doa selamat. YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) MAIWP di majlis tersebut mengucapkan tahniah kepada semua warga MAIWP atas kejayaan dan pencapaian cemerlang MAIWP pada tahun 2016. Beliau berharap momentum kecemerlangan itu terus dikekalkan pada tahun  ini.

“Pencapaian cemerlang MAIWP pada hari ini merupakan usaha bersama seluruh warga MAIWP dalam semua peringkat. Saya yakin usaha berterusan dalam menyantuni asnaf sama ada secara langsung atau tidak langsung inilah memberikan impak positif kepada masyarakat, “katanya.

Beliau juga berpesan agar setiap bahagian telah membuat perancangan yang terperinci agar segala komitmen dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lancar. Dalam pada itu, pada tahun ini juga langkah penjimatan terus dilaksanakan dengan mendahulukan perkara-perkara yang lebih utama.

Selain itu, MAIWP seperti tahun-tahun sebelumnya meneruskan usaha memperpaiki mutu perkhidmatan dengan menggalakkan warganya menyertai sebarang bentuk inovasi.  Justeru pada 27 dan 28 Februari ini MAIWP akan mengadakan pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) peringkat MAIWP. Kumpulan yang menang akan mewakili MAIWP ke peringkat seterusnya.

Pada majlis tersebut juga, YBhg. Datuk KPE turut meyampaikan Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan November 2017. Selain itu turut diadakan ialah penyampaian surat pengesahan jawatan gred 44 kepada 12 orang penjawat MAIWPyang disahkan pada Disember yang lalu.

pbjanuari1.JPGpbjanuari2.JPGpbjanuari3.JPGpbjanuari4.JPGpbjanuari4a.jpgpbjanuari5.JPGpbjanuari6.JPGpbjanuari7.JPGpbjanuari8.JPGpbjanuari9.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!