BREAKFAST TALK INTEGRITI

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2017/24012017/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

BFTALK4a

24 Jan. -  MAIWP melalui Unit Integriti telah mengadakan program Breakfast Talk Siri 1 yang diadakan di Dewan Seminar, Bangunan PERKIM, Kuala Lumpur.

Program yang pertama kali diadakan semenjak Unit Integriti ditubuhkan melibatkan beberapa orang wakil dari agensi kerajaan, syarikat milik MAIWP, dan pengurusan tertinggi MAIWP. Tuan Haji Zakuan bin Sawai, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, selaku pembentang utama majlis berkata, Integriti akan hanya menjadi retorik jika tanpa zikir dan fikir. Dalam Islam Integriti merupakan akhlak yang perlu ada sebagai nilai tambah dalam urusan perkhidmatan sesebuah organisasi.

Menurut Tuan Haji Zakuan lagi sikap tidak mengambil peduli di antara satu sama lain dalam organisasi menyebabkan segala perancangan tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Oleh itu beliau menyeru agar semua cakna kepada keperluan organisasi termasuk orang di bawah pimpinanya.
Program yang dianjurkan itu berkonsep santai di mana panel mengupas isu-isu yang berkaitan dalam keadaan para peserta duduk sambil menjamu jamuan yang disediakan. Rata-rata tetamu yang hadir amat berpuas hati dengan konsep program berbentuk perbincangan yang membuka ruang untuk ahli panel & para tetamu berkongsi ilmu, pengalaman & cadangan masing-masing.
Antara panel yang terlibat dalam perbincangan Breakfast Talk ini ialah Encik Mohd Zaidi bin Ramli, Ketua Pengarah Kanan, Bahagian Dakwah, Cawangan Dakwah Khas, Seksyen Dakwah Orang Asli & Bumiputera, JAKIM, Dr. Ahmed Razman bin Abdul Latiff, Senior Lecturer & Manage of Community Engagement & Impact, UPM dan Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Timbalan Presiden, Institut Integriti Malaysia.

BFTALK1.JPGBFTALK2.JPGBFTALK3.JPGBFTALK4.JPGBFTALK4a.jpgBFTALK5.JPGBFTALK6.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!