MAIWP JAWAB DAKWAAN FITNAH
9 Jan- Baru-baru ini telah tersebar di beberapa laman blog dan facebook yang menyeluarkan kenyataan berbaur fitnah terhadap MAIWP. Kenyataan tersebut mendakwa MAIWP telah menubuhkan syarikat “healthcare” tanpa mendapat kelulusan. Berikut adalah kenyataan untuk menjawab tuduhan tersebut:
"Sukacita dimaklumkan bahawa penubuhan MAIWP Healthcare adalah berdasarkan keputusan dasar Kementerian Kesihatan yang tidak akan lagi membenarkan mana-mana Hospital menjalankan operasi Klinik secara serentak. Pada masa ini MAIWP memiliki Hospital PUSRAWI yang turut menjalankan operasi klinik.
Justeru, MAIWP telah memutuskan supaya mematuhi arahan Kementerian Kesihatan dan merancang untuk melaksanakan pelan pemisahan 3 buah Klinik daripada Hospital induk PUSRAWI mulai tahun 2017. MAIWP Healthcare yang telah mula beroperasi pada tahun 2017 adalah 100% milik MAIWP sepenuhnya dan telah diluluskan oleh Mesyuarat MAIWP.
Ingin ditegaskan di sini bahawa tuduhan dan dakwaan yang dibangkitkan di media sosial tersebut adalah tuduhan yang tidak berasas. Dakwaan penubuhan syarikat healthcare tidak mendapat kelulusan adalah tidak benar dan berunsurkan fitnah. "
Susulan penyebaran berita ini, MAIWP telah membuat laporan polis dan telah mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) agar mengambil tindakan terhadap blog dan facebook berkenaan.
Laporan polis dibuat terhadap berita berbaur fitnah yang disiarkan di blog dan facebook.