MAIWP NAIKKAN IMEJ AGENSI ISLAM

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2016/30122016/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

pbdis1a

30 Dis – YBhg. Datuk Hj. Zainal Abidin bin Jaffar, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP mengucapkan tahniah kepada semua warga MAIWP di atas pencapaian dan kejayaan yang telah dikecapi sepanjang tahun 2016.

Ucapan tersebut disampaikan di Majlis Perhimpunan Bulanan MAIWP Disember 2016, perhimpunan bulanan terakhir tahun 2016. Menurut beliau, kejayaan tersebut berjaya diperolehi hasil komitmen jitu dan kerjasama erat semua warga MAIWP.

Pada tahun 2016, MAIWP sekali lagi berjaya mengekalkan pengiktirafan dinobatkan Jabatan Paling Inovatif Jabatan Perdana Menteri 2 tahun berturut-turut. Kejayaan ini adalah rentetan pelbagai pencapaian cemerlang MAIWP dalam bidang inovasi. “Kejayaan ini bukan hanya bermakna kepada MAIWP sebaliknya ia secara tidak langsung telah menaikkan imej dan persepsi masyarakat terhadap agensi Islam,” kata beliau lagi. Tambah beliau, sebelum ini mungkin terdapat beberapa pihak yang  ramai yang memandang rendah kemampuan agensi agama. Dengan kejayaan ini, MAIWP membuktikan agensi Islam  bukan hanya mampu bersaing sebaliknya berada di hadapan daripada agensi-agensi besar yang lain.

Pada malis perhimpunan kali ini, MAIWP turut  menyampaikan surat pelantikan tetap kepada 5 orang pegawai kontrak MAIWP. Mereka terdiri daripada pegawai MAIWP yang telah berkhidmat selama 15 tahun dan pelantikan mereka ke jawatan tetap adalah selari dengan keputusan kerajaan yang dikeluarkan pada 31 Mac 2016. MAIWP merupakan agensi yang terawal mendapat kelulusan ini.

Turut diadakan pada majlis tersebut adalah penyampaian Anugerah Pegawai Berprestasi Bulanan Oktober 2016 dan ceramah integriti yang disampaikan oleh YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal bin Nik Mahmud, Penasihat Undang-Undang, Fakulti Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

pbdis1.JPGpbdis10.JPGpbdis11.JPGpbdis12.JPGpbdis13.JPGpbdis1a.jpgpbdis2.JPGpbdis3.JPGpbdis4.JPGpbdis5.JPGpbdis6.JPGpbdis7.JPGpbdis8.JPGpbdis9.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!