PERTEMUAN NEGARA ANGGOTA MABIMS

Saiz Tulisan :

mabims7a

6 Dis. - Mesyuarat Pegawai-Pegawai Kanan (SOM) Ke-41 dan Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri-Menteri Agama Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia, Malaysia dan Republik Singapura (MABIMS) Ke-17 telah diadakan pada 3 hingga 7 Disember 2016 di Hotel Kuala Lumpur.

Mesyuarat SOM Ke-41 telah dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Hj. Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Manakala Pertemuan MABIMS Ke-17 telah dipengerusikan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM). Kesemua menteri-menteri agama negara anggota MABIMS hadir ke pertemuan kali ini.

Mesyuarat SOM Ke-41 dan Pertemuan MABIMS Ke-17 diadakan dengan tema “Hak Asasi Manusia Dari Persepektif Islam”. Beberapa resolusi tema telah dipersetujui antaranya masyarakat Islam wajar melengkapkan diri masing-masing dengan ilmu dan kemahiran yang betul melalui sumber yang muktabar bagi menghadapi pelbagai doktrin dan cabaran baharu. Keperluan untuk memperkasakan iltizam kehidupan beragama sebagai satu cara hidup bagi memastikan setiap individu muslim mampu mendepani realiti kehidupan semasa. Mencari titik persamaan pada nilai-nilai bersama (shared values) kemanusiaan iaitu maruah kehormatan (dignity), kebebasan dan kemerdekaan (liberty), kesetaraan dan kesamaan (equality), serta persaudaraan (brotherhood) sebagai dasar dan peluang untuk bekerjasama berkaitan isu-isu hak asasi manusia dan beberapa lagi resolusi yang telah disepakati oleh Negara anggota.

MAIWP turut menyumbangkan input bagi mesyuarat tersebut sebagai salah sebuah agensi agama Islam yang bertanggungjawab dalam membentuk ekonomi ummah. Pertemuan MABIMS Ke-17 turut sepakat dengan pelaksanaan Pelan Strategik MABIMS Tahun 2016 – 2020 melalui lapan Bidang Kerjasama. Pada pertemuan tersebut buku Pelan Strategik MABIMS telah dilancarkan di Menara Imarah Wakaf MAIWP.

mabims1.JPGmabims2.JPGmabims3.JPGmabims4.JPGmabims5.JPGmabims6.JPGmabims7.JPGmabims7a.jpgmabims8.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!