MAJLIS PERHIMPUNAN AGENSI-AGENSI DI JPM

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2016/09112016/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

pbagensi5a

9 Nov. – Seramai 1000 orang yang diwakili oleh agensi-agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menghadiri majlis perhimpunan agesi-agensi di bawah JPM yang diadakan di dewan Muktamar, Kuala Lumpur.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Baharom Menteri Di Jabatan Perdana Menteri.

Pada majlis yang cukup bermakna itu beliau mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada beberapa agensi  yang telah dianugerahkan dan diiktiraf dalam aspek pencapaian INOVASI melalui KUMPULAN INOVATIF & KREATIF(KIK) yang diumumkan semasa Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 November 2016 yang lalu.

Apa yang membanggakannya ialah apabila MAIWP yang merupakan salah sebuah agensi Islam telah dinobatkan sebagai JABATAN PALING INOVATIF pada tahun 2015 dan untuk kali ke dua berturut-turut.

“Kejayaan ini telah memberi impak yang positif kepada agensi-agensi Islam khususnya di bawah pengawasan saya. Dan menjadi harapan saya, agar kita tidak berhenti di sini, malahan akan terus berusaha untuk bersaing untuk mewujudkan projek-projek inovasi. Ianya adalah lebih baik jika inovasi dapat diperkukuhkan dan dijadikan satu budaya di semua agensi. Kita dapat lihat bagaimana projek inovasi dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan atau NBOS telah dapat menjimatkan wang rakyat, “katanya ketika berucap.

Menurut beliau lagi kejayaan dan pencapaian yang dikecapi oleh institusi-institusi ini merupakan hasil usaha kesepaduan antara pegawai dan kakitangan secara keseluruhannya. Ibarat sebuah bangunan yang tersergam indah, dinaungi oleh tiang dan tapak yang kukuh. Jika salah satu tiang tersebut rosak, susah pasti kedudukan bangunan tersebut goyah dan tidak selamat.

pbagensi1.JPGpbagensi10.JPGpbagensi11.JPGpbagensi2.JPGpbagensi3.JPGpbagensi4.JPGpbagensi5.JPGpbagensi5a.jpgpbagensi6.JPGpbagensi7.JPGpbagensi8.JPGpbagensi9.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!