BUKTI USAHA MAIWP

Saiz Tulisan :

pb6a

4 Nov. – Perhimpunan MAIWP yang diadakan di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) amat bermakna sekali apabila disambut dengan majlis kesyukuran sempena dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif tahun 2015 pada 1 November 2016 yang lalu.

Menurut YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin bin Jaffar, KPE, MAIWP anugerah ini membuktikan usaha MAIWP dalam menyantuni para asnaf selama ini mendapat pengiktirafan.

“Saya yakin segala pencapaian dan kejayaan yang kita peroleh hari ini adalah atas usaha kita bersama dalam memperkemaskan pengurusan zakat. Kita mahu insitusi agama Islam sentiasa proaktif  dan menjadi peneraju utama dalam memartabatkan ekonomi dan sosial ummah, “ katanya dalam ucapan pada pagi itu.

Dalam pada itu antara kejayaan yang menyebabkan MAIWP diiktiraf sebagai Jabatan Paling Inovatif 2015 ialah:

a)Johan Mencipta Montaj Hari Inovasi JPM 2016

b)Johan Pertandingan Inovasi Kategori Non ICT di bawah tajuk Pusat Hemodalisis kerjasama antara MAIWP  dan PICOMS

c)Johan Pertandingan KIK Peringkat Kementerian Wilayah Persekutuan dan Naib Johan Peringkat JPM di bawah tajuk Asnaf Bergelandangan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

d)2 Gold Medal dalam International Convention On Quality Control Circle yang diadakan di Bangkok pada Ogos 2016 yang lalu dalam projek KATARAK dan Pengurusan ZAKAT.

Mudahan-mudahan MAIWP akan terus bersemangat dalam mengenengahkan program-program inovasi ini pada masa akan datang.

pb1.JPGpb10.JPGpb11.JPGpb12.JPGpb13.JPGpb14.JPGpb2.JPGpb3.JPGpb4.JPGpb5.JPGpb6.JPGpb6a.jpgpb7.JPGpb8.JPGpb9.JPG

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!