MAIWP SEKALI LAGI DINOBAT JABATAN PALING INOVATIF
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
MAIWP telah dinobatkan sebagai Jabatan Paling Inovatif Tahun 2015 iaitu dua tahun berturut-turut sejak tahun lalu sempena Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 1 November 2016.
Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin Jaffar berkata, kejayaan yang diraih adalah hasil usaha MAIWP yang sentiasa memberikan yang terbaik dalam melaksanakan pelbagai program dalam menyantuni golongan asnaf dan memperkasakan pembangunan sosio ekonomi ummah di Wilayah Persekutuan.
MAIWP turut menerima dua anugerah lain iaitu Anugerah Inovasi JPM Kategori Bukan ICT dan Naib Johan bagi Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Kategori Pengurusan Johan dan membawa pulang hadiah RM7,000, piala dan sijil serta RM3,000 dan sijil penghargaan masing-masing.
Penyampaian hadiah disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri YB Datuk Seri Nancy Shukri.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan JPM, YBhg. Tan Sri Othman Mahmood.