ZAKAT DIAGIHKAN

Saiz Tulisan :
Admiror Gallery cannot create thumbnails in /var/www/maiwp.gov.my/i/plugins/content/admirorgallery/admirorgallery/thumbs/berita/2016/27102016/.
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08

agihanzakat3a

27 Okt. - Majlis Pelancaran Agihan Bantuan Pakaian dan Peralatan Persekolahan Baitulmal MAIWP Tahun 2017 telah diadakan di Dewan Muktamar, Pusat Islam Kuala Lumpur.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Haji Baharom (B) Menteri Di Jabatan Perdana Menteri , merangkap Pengerusi MAIWP.

Beliau mengucapkan tahniah kepada MAIWP kerana begitu pantas dalam menyediakan keperluan para pelajar sekolah ini “Kebiasaannya bantuan diberikan pada akhir bulan November atau awal bulan Disember . Namun Alhamdulillah berkat kesungguhan ingin membantu perkara tersebut dapat disegerakan agar para asnaf boleh membuat persediaan awal menjelang 2017 akan datang”, katanya  dalam ucapan perasmian.

Bantuan Peralatan Persekolahan yang dilancarkan pada hari tersebut berupa  dua pasang baju sekolah, sebuah beg dan sepasang kasut sekolah. Manakala bagi pelajar yang mengikuti  kelas-kelas sekolah rendah agama  mereka turut menerima tambahan lagi dengan  dua pasang pakaian sekolah.

Bantuan ini melibatkan  seramai 10,200 pelajar sekolah menengah, 5,100 pelajar sekolah rendah, dan 3,700 pelajar SRA  atau KAFA dengan jumlah agihan sebanyak RM5,243,181.00 kepada 19,000 orang pelajar Sekolah Rendah dan Menengah  di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.Semoga bantuan ini dapat meringankan beban keluarga ini di samping para pelajar yang menerimanya sebagai motivasi persediaan awal untuk ke sekolah.

agihanzakat1.jpgagihanzakat2.jpgagihanzakat3.jpgagihanzakat3a.jpgagihanzakat4.jpgagihanzakat5.jpgagihanzakat6.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!