PENINGKATAN KUALITI TADBIR URUS SYARIKAT MAIWP
MAIWP sentiasa memantau perkembangan syarikat-syarikat milik MAIWP dari semasa ke semasa. Sehingga kini MAIWP memiliki 6 buah syarikat yang diwujudkan sebagai salah satu cabang pelaburan di samping melaksanakan fungsi MAIWP dalam meningkatkan sosio ekonomi masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan.
Perubahan dan penambahbaikan dibuat secara berterusan bagi memastikan tadbir urus dapat dilaksanakan dengan cekap serta dibuat penambahbaikan berdasarkan keperluan semasa. MAIWP telah menyediakan garis panduan syarikat MAIWP yang antaranya menyentuh tadbir urus syarikat termasuk pelantikan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat-syarikat. Ia adalah bagi memastikan halatuju syarikat-syarikat ini selari dengan dasar yang ditetapkan oleh MAIWP dan berdaya maju.
Baru-baru ini MAIWP telah membuat beberapa pelantikan baru dalam keahlian Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Syarikat milik MAIWP. Antaranya MAIWP telah melantik YBhg. Kolonel Abdul Latif bin Bunyamin sebagai Ahli Lembaga Pengarah Syarikat MAIWP Dagang Sdn. Bhd. dan YBhg. Prof. Dato’ Dr. Ismail bin Haji Ibrahim, Pengerusi Syarikat Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd.
MAIWP juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ahli Lembaga Pengarah Syarikat yang telah dan akan tamat tempoh perkhidmatan tidak lama lagi antaranya seperti berikut :
- YBhg. Datuk Haji Salleh bin Yusup, Pengerusi Syarikat Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. (22 April 2014 - 30 Jun 2016)
- YBhg. Tuan Haji Shaari bin Mustafa, ALP Syarikat Hospital Pusrawi Sdn. Bhd. (22 April 2014- 30 Jun 2016)
- YBhg. Datuk Haji Mahammad Zubir bin Sheikh Saad, Pengerusi Syarikat Kolej Sains Dan Kejururawatan Antarabangsa Pusrawi Sdn. Bhd. (PICOMS) (30 Jun 2014- 30 Jun 2016)
- YBhg. Dato’ Sri Zukri bin Samat, Pengerusi Syarikat MAIWP Dagang Sdn. Bhd.(3 November 2015- 7 Mac 2016)
- YBhg. Encik Azlan bin Dato’ Ir. Haji Azizuddin, ALP Syarikat MAIWP Dagang Sdn. Bhd. (3 November 2015- 7 Mac 2016)
- YBhg. Datuk To’ Puan Wan Asiah binti Ahmad, Pengerusi Yayasan Kesihatan MAIWP (3 November 2015-25 Mac 2016) ; dan
- Dr. Syed Omar bin Syed Agil, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Syarikat Institut Profesional Baitulmal Sdn. Bhd. (1 September 2014 - 31 Ogos 2016)
Idea dan usaha yang telah dicurahkan telah meningkatkan kualiti perkhidmatan syarikat-syarikat MAIWP dan semoga ALP baru akan meneruskan kecemerlangan yang telah dicapai.