PENCAPAIAN AGENSI AGAMA PERLU DIHEBAHKAN
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
26 Julai- Pencapaian dan kejayaan agensi-agensi agama perlu sentiasa diwarwar dan dihebahkan kepada masyarakat agar kepercayaan terhadap agensi agama sentiasa utuh.
Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Hj. Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika berucap di Majlis Sambutan Hari Raya MAIWP 2016 yang diadakan di Kompleks Darul Kifayah, Taman Koperasi Polis Fasa 2, Batu Caves.
Menurut beliau lagi, MAIWP sebagai contoh telah mencatatkan pelbagai kejayaan dan pencapaian. Dalam aspek pengurusan zakat sebagai contoh, program agihan zakat yang dilaksanakan telah membantu ramai golongan asnaf dan membantu meningkatkan sosio ekonomi ummah di Wilayah Persekutuan.
Kejayaan terbaru MAIWP iaitu menerima sijil bersih 10 tahun berturut-turut sejak tahun 2016 daripada Jabatan Audit Negara bagi Penyata Kewangan MAIWP Tahun 2015 membuktikan agensi Islam sentiasa mementingkan tadbir urus yang baik, profesional dan sistematik.
“Kejayaan dan pencapaian ini perlu dihebahkan seluas mungkin bagi membetulkan persepsi segelintir masyarakat yang memandang rendah pengurusan agensi-agensi agama,” kata beliau.
Majlis Hari Raya MAIWP 2016 menghimpunkan warga MAIWP dan syarikat-syarikat milik MAIWP. Sebanyak 18 gerai dibuka pada majlis tersebut yang menyediakan pelbagai juadah hidangan yang disumbangkan oleh bahagian-bahagian dan syarikat-syarikat milik MAIWP. Seramai hampir 800 orang hadir di majlis tersebut.
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi hadir mewakili YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP.