PROGRAM IHYA RAMADHAN
Check folder permmisions!
Admiror Gallery: 5.0.0
Server OS:Apache
Client OS:Unknown
PHP:7.0.33-68+0~20230905.83+debian10~1.gbp571a08
MAIWP BANTU “HIDUPKAN” RAMADHAN DI MASJID DAN SURAU
3 Jun – Penantian bulan Ramadan Al-Mubarak pasti dirindui oleh semua umat Islam di seluruh dunia khususnya Malaysia yang terus ingin merebut keberkatan di bulan yang penuh hikmah ini. Justeru bagi meraikan kedatangan bulan tersebut, Majlis Pelancaran Ihya’ Ramadan Peringkat Kebangsaan Tahun 1437H/2016M telah diadakan di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur.
Majlis ini merupakan anjuran bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan semua agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ia telah disempurnakan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Majlis tersebut mewarwarkan kepada masyarakat tentang program-program yang bakal dianjurkan oleh agensi-agensi Islam di Wilayah Persekutuan sepanjang Ramadhan ini. Pada majlis itu juga, MAIWP turut menyampaikan sumbangan berjumlah RM1.4 juta kepada seluruh masjid dan surau di Wilayah Persekutuan untuk pelaksanaan aktiviti sepanjang Ramadhan tahun ini.
YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi turut menyampaikan Bantuan Aidilfitri MAIWP kepada 25,000 orang asnaf selain pengagihan beras fidyah.