PROGRAM AGIHAN MAKANAN

Saiz Tulisan :

6 Jun – MAIWP telah mengadakan Majlis Pelancaran Agihan Makanan Berbuka Puasa Kepada Golongan Asnaf di Bangunan Daruzzakah, Kuala Lumpur.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Haji Baharom (B), Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MAIWP. Berucap di majlis tersebut, beliau menyatakan program tahunan MAIWP ini diadakan kerana MAIWP tidak mahu golongan asnaf merasa terpinggir sebaliknya turut gembira menyambut Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.
Menurutnya lagi, pada tahun ini, MAIWP menyediakan makanan berbungkus setiap hari dan diagihkan bermula jam 5 petang di perkarangan Bangunan Daruzzakah.

Agihan makanan ini bukan hanya dibuat pada bulan Ramadhan tetapi berjalan sepanjang tahun. Pada bulan-bulan lain, agihan makanan dibuat pada waktu tengahari bertempat di Bangunan Daruzzakah, Kedai Makan Asnaf 1 Malaysia di Jalan Ipoh, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, dan di 4 buah Pusat Agihan Zakat (PAZA) selain diedarkan oleh 5 rakan NGO di beberapa lokasi lain.

000_2790.jpg000_2796.jpg000_2804.jpg000_2841.jpg000_2868.jpg1.1.jpg1.3.jpg1.jpg2.1.jpg2.jpg

 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP