Asrama Wilayah Persekutuan
1. PENGENALAN
MAIWP mempunyai 2 buah asrama (Sewa : LE100.00 sebulan) di Mesir yang dikhususkan untuk dijadikan asrama pelajar-pelajar Wilayah Persekutuan iaitu :-
- Bangunan 8 tingkat di Blok 24, El-Mahdy Ibn Baraka Street, Hayyu Sabe’, Madinah Nasr, Kaherah untuk pelajar-pelajar lelaki dan wanita. Asrama ini boleh menampung seramai 80 orang pelajar. Dirasmikan pada 20 Julai 2011 dengan kos kira-kira RM11 juta disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato' Seri Jamil Khir Baharom di Dewan Sri Putra. Mula beroperasi pada 10 Mac 2009. Bangunan lapan tingkat dan memulakan operasinya pada 10 Mac 2009.
- Bangunan 11 tingkat di Daud Barakat Street, Hayyu Sabe’, Madinah Nasr, Kaherah untuk pelajar-pelajar lelaki dan wanita dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, YB Mejar Jeneral Dato' Seri Jamil Khir Baharom pada 22 Januari 2017. Bangunan Asrama WP dahulunya dikenali Asrama Rumah WP (ARWP) telah bertukar kepada Asrama Wilayah Persekutuan (AWP) berkuatkuasa pada Januari 2016.
2. KELENGKAPAN ASRAMA
- Perabot dan kelengkapan yang disediakan hendaklah dijaga dengan sempurna supaya berada di dalam keadaan baik.
- Tiap-tiap penghuni asrama dibekalkan dengan:-
a) Katil bujang bertingkat
b) Tilam
c) Almari
d) Meja Tulis
e) Kerusi
f) Kipas
g) Bakul Sampah
3. PERMOHONAN KEMASUKAN KE ASRAMA
- Permohonan untuk tinggal di asrama dibuat pada hari pendaftaran atau masa-masa yang tertentu. Setiap pemohon dikehendaki mengisi Borang Permohonan Tinggal di Asrama yang terdapat di pejabat PPMM *sebulan sebelum* menetap di asrama.
- Pemohon juga wajib menyerahkan sekeping gambar berukuran pasport, salinan pasport, kad pelajar, bil utiliti terkini yang tidak melebihi tiga bulan, penyata pendapatan ibu dan bapa terkini yang tidak melebihi tiga bulan, surat tawaran pengajian (bagi pelajar baharu), pengesahan pengajian dan keputusan peperiksaan (bagi pelajar lama).
- Keputusan permohonan akan diberitahu segera dan tertakluk kepada Peraturan AWP selepas proses temuduga.
- Bagi penghuni lama, permohonan semula menduduki asrama hendaklah dikemukakan setahun sekali sebelum sesi baharu bermula kecuali pelajar yang ingin keluar dari asrama.
- Keutamaan diberikan kepada pelajar biasiswa serta pelajar tahun satu dan dua. Namun begitu, permohonan akan dipertimbangkan atas budi bicara pihak PPMM bagi kes-kes tertentu.
Memacu Kegemilangan Ummah