PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

A- A A+

02 ebayaran

01 ebaitulmal

03 Kalkulator

04 fidyah

Bantuan Zakat Institusi Pendidikan Institusi Perlindungan Perkhidmatan Lain
Kerjasama NBOS Iklan Penerbitan Perkhidmatan Atas Talian

banner mesir

BERITA MAIWP

Waqaf An-Nur Lawat Agropreneur MAIWP
Read More +
21 March 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWP

Waqaf An-Nur Lawat Agropreneur MAIWP

PERSIDANGAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU JUMAAT WILAYAH  PERSEKUTUAN & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN IHYA’ RAMADAN  DAN TAULIAH AMIL ZAKAT FITRAH TAHUN 1444H/2023M
Read More +
16 March 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWP

PERSIDANGAN PENGURUSAN MASJID DAN SURAU JUMAAT WILAYAH PERSEKUTUAN & MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN IHYA’ RAMADAN DAN TAULIAH AMIL ZAKAT FITRAH TAHUN 1444H/2023M

PERKASA USAHAWAN MAIWP TERAPKAN SEMANGAT KEUSAHAWANAN
Read More +
16 March 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWP

PERKASA USAHAWAN MAIWP TERAPKAN SEMANGAT KEUSAHAWANAN

Perkhidmatan Lain

wakaf

PENGERTIAN WAKAF

Bahasa: Berhenti (وقف), Menahan (حبس), Menghalang (منع)

Istilah/Syara’: “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T”

WAKAF

Mengikut Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] menjelaskan:

“Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr ‘am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.”

FUNGSI MAIWP SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL WAKAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN

  1. Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
  2. Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
  3. Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
  4. Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
  5. Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan kepentingan pembangunan hartanah wakaf.

PROSEDUR MEWAKAFKAN HARTA

  1. Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada Baitulmal MAIWP serta melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan.
  2. Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas.
  3. Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.
  4. Pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP.
  5. Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan dan menyelesaikan urusan proses pewakafan.

JENIS-JENIS WAKAF

  1. Wakaf Khas Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya.
  2. Wakaf AmPewakaf mewakafkan harta untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus.

RUKUN WAKAF

  1. Pewakaf (Wakif)
  2. Harta yang diwakafkan (Mauquf)
  3. Penerima wakaf (Mauquf Alaih)
  4. Lafaz Wakaf (Sighah)

SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN (MAUQUF)

  1. Harta yang berbentuk kekal yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah atau bangunan.
  2. Harta milik sempurna pewakaf
  3. Harta yang dapat diserahkan dan bukan hartanya ditahan seperti harta orang muflis dan harta anak yatim.

SYARAT-SYARAT SAH WAKAF

  1. Wakaf tidak dihadkan tempoh tertentu.
  2. Tujuan dan maksud wakaf hendaklah jelas.
  3. Wakaf dilaksanakan secara tunai tanpa syarat.

fidyahmaiwp

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.

Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.

HUKUM FIDYAH

Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan. 

SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH

1. Uzur menunaikan puasa wajib

Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.

2. Perempuan hamil

Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.

3. Ibu yang menyusukan Anak

Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.

4. Orang yang telah meninggal dunia

Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.

5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan

Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.

6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)

Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.

TAKSIRAN FIDYAH

(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH

KADAR BAYARAN FIDYAH

Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).

Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.

KONSEP GANDAAN BAGI PENENTUAN BAYARAN FIDYAH

Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.

Contoh:

Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:

RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.

PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH DI MAIWP

Cara perkiraan dan jumlah bayaran fidyah boleh dibuat di Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal manakala bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin oleh Baitulmal.

Kiraan Fidyah

faraid

HARTA PUSAKA YANG TERHAK KEPADA MAIWP

Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.

Harta pusaka yang terhak kepada Baitulmal MAIWP adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tiada waris atau tiada waris yang layak menghabisi harta tersebut setelah dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum syarak melalui Perintah Pembahagian Pusaka Kecil / Perintah Pembahagian Pusaka oleh Amanah Raya atau Perintah Mahkamah Tinggi.

HARTA PUSAKA TERMASUK:

  1. Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
  2. Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
  3. Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
  4. Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
  5. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
  6. Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.

HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK:

  1. Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan, dan dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
  2. Khairat kematian.
  3. Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
  4. Imbuhan, pampasan dan saguhati.
  5. Pencen terbitan.
  6. Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
  7. Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya.

PROSES TERIMAAN HARTA PUSAKA OLEH BAITULMAL

  1. Terima maklumat harta pusaka yang terhak kepada Baitulmal
  2. Membuat siasatan awal/mendapatkan keterangan daripada waris/ saudara-mara si mati atau kenalan si mati.
  3. Mengemukakan kepada Mahkamah syariah untuk mendapatkan Sijil Faraid.
  4. Mengemukakan permohonan surat kuasa kepada Pejabat Pusaka Kecil, amanah Raya atau Mahkamah Tinggi.
  5. Menguruskan urusan pindah milik kepada Baitulmal.

TEBUS PUSAKA

Sekiranya Baitulmal MAIWP memperolehi harta tak alih daripada pusaka yang terhak kepadanya, pihak waris boleh menebus harta tersebut berdasarkan nilaian semasa melalui:

  • Bicara  di Pejabat Pusaka Kecil
  • Permohonan kepada Baitulmal

kaffarah

Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Kaffarah yang dibayar kepada MAIWP dimasukkan kedalam akaun khas amanah Kaffarah yang mana digunakan untuk membeli beras, barang bekalan makanan dan pakaian seterusnya diagihkan kepada fakir miskin di Wilayah Persekutuan.

JENIS-JENIS KAFFARAH

Jenis-jenis kaffarah yang berkaitan dengan memberi makan kepada fakir miskin (bersedekah) ialah:

1.Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar.

  1. Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.
  2. Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 60 orang = RM 600.

2.Kaffarah Melanggar Sumpah dan tidak menunaikan nazar

  1. Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 10 orang = RM 100 ); atau
  2. Memberi pakaian kepada fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 60.00 x 10 orang = RM 600 ).

3.Kaffarah persetubuhan isteri ketika haid.

  1. Tidak diwajibkan membayar kaffarah. Walaubagaimanapun sekiranya pelaku ingin membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan kadar satu (1) Dinar* atau ½ Dinar mengikut harga semasa.
  2. Satu (1) Dinar bersamaan 4.25 g emas sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.

Contoh :-

Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.

  1. 60 hari x RM 10.00 = RM 600.00

PROSEDUR MEMBAYAR KAFFARAH DI MAIWP

Perkiraan boleh dibuat di Unit Sumber Am Baitulmal dan bayaran kaffarah boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

Kiraan Kaffarah :

luqatah

Luqatah bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut.

PERKHIDMATAN HARTA LUQATAH YANG DISEDIAKAN OLEH MAIWP

  1. Menerima harta luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam
  2. Membuat hebahan kepada orang ramai berkaitan dengan Harta Luqatah yang dijumpai selama setahun.
  3. Membuat proses pelupusan Harta Luqatah yang telah tamat tempoh hebahan selama 1 tahun samada melalui kaedah sebutharga, lelongan, tender atau dimusnahkan.

PROSEDUR PENYERAHAN HARTA LUQATAH KEPADA MAIWP

  1. Penemu hendaklah menyerahkan harta yang  dijumpai ke Baitulmal MAIWP
  2. Penemu perlu mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta Harta Luqatah.
  3. Satu surat akuan terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.
  4. Pihak MAIWP akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui.

wang

Wang atau harta tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya. PENGGUNAAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH

Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:

“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

  1. Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
  2. Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
  3. Jika harta tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.

SERAHAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH KEPADA MAIWP

MAIWP melalui Bahagian Baitulmal menerima wang tidak patuh syariah yang ingin diserahkan oleh orang Islam untuk disalurkan bagi kegunaan seperti yang digariskan oleh hukum.

Orang awam yang ingin menyerahkan wang/harta tidak patuh syariah boleh hadir ke Baitulmal MAIWP untuk urusan selanjutnya di mana resit terimaan akan dikeluarkan oleh MAIWP.

Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi kami melalui email atau datang terus ke pejabat Baitulmal.

baitulmal@maiwp.gov.my

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)Aras 1,7,9-11, Bangunan PERKIM No. 150, Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPURNo. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444

hospital1  ppz picoms1 ipb    smista    smamaiwp    pondok

maiwp healthcare pusat wakaf ikb

MAIS   MAINS   MAIM   MAIJ   MAIK   MAIAMP   MAIPS   MAINPP   MAIKEL   MAIDAM   MUIP  MUIS   MIS

JAKIM  JAWI   mufti   halal   jawhar   wakaf   jksm   jata   KSN   MAIDAM   MUIP  MUIS   mof   spa   hrmis   jpa   audit   msc   mampu

Joomla Tabs
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!