BERITA MAIWP

Read More +
25 May 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPPengurusan hal ehwal MAIWP menjadi perhatian Azerbaijan

Read More +
22 May 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPMAIWP BERSAMA INSAN ISTIMEWA RAIKAN AIDILFITRI

Read More +
19 May 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPMAIWP SUMBANG RM1.5 JUTA RMT SEKOLAH MENENGAH
Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal
- Published: Tuesday, 12 July 2016 19:01
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 61469
Bantuan ini disalurkan kepada para pelajar Insititut Prosfesional Baitulmal secara bulanan yang akan dimasukan terus ke akauan.
IPB menawarkan pelbagai program pengajian seperti berikut :
1. Program Profesional CAT-ACCA
2. Program Profesional LCCIIQ
3. Pra Perdagangan
4. Diploma Perakaunan
5. Diploma Sains Komputer
6. Diploma Pengajian Perniagaan
7. Diploma Sistem Maklumat Perakaunan
8. Diploma Pengurusan Haji dan Umrah
9. Diploma Pengurusan Zakat dan Wakaf
10. Diploma Pengajian Muamalat
11. Diploma Pengurusan Industri Halal
MAKLUMAT LANJUT:
Sila layari http://www.ipb.edu.my/ untuk maklumat lanjut mengenai IPB.
- Category: Jenis Skim Bantuan Zakat
Bantuan Pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
- Published: Tuesday, 12 July 2016 19:01
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 58879
Bantuan ini disalurkan kepada para pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS) secara bulanan yang akan dimasukan terus ke akauan.
PICOMS menawarkan 11 program pengajian seperti berikut :
1. Diploma Farmasi
2. Diploma Fisioterapi
3. Diploma Sains Perubatan
4. Diploma Pembantu Perubatan
5. Diploma Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan
6. Diploma Kesihatan Persekitaran
7. Diploma Trapi Cara Kerja
8. Diploma Teknologi Makmal Perubatan
9. Diploma Kejururawatan
10. Diploma Pengurusan Hotel
11. Diploma Pengurusan Kesihatan
MAKLUMAT LANJUT:
Sila layari http://picoms.edu.my/ untuk maklumat lanjut mengenai PICOMS.
- Category: Jenis Skim Bantuan Zakat
Bantuan Tuisyen
- Published: Tuesday, 12 July 2016 19:00
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 22374
Membantu anak-anak asnaf membayar yuran tuisyen
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)–Hyperlink ke page Had al-Kifayah
Dokumen Yang Diperlukan
- Borang permohonan
- Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)
- Satu salinan kad pengenalan:
- Pemohon
- Suami
- Isteri
- Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan ]
- Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. [ Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan ]
- *Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung
- Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami
- Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar bagi pemohon / tanggungan yang sedang belajar di IPT.
Lain-Lain Dokumen Sekiranya Berkaitan Dengan Permohonan
Keluarga bercerai. |
: | Satu salinan surat perakuan cerai / prosiding mahkamah terkini / pengesahan masalah keluarga dari Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga (BPPK) terkini. |
Ahli keluarga telah meninggal dunia. | : | Satu salinan sijil kematian ibu / bapa / suami / isteri. |
Saudara baru. | : | Satu salinan kad memeluk Islam. |
Orang Kelainan Upaya. | : | Salinan kad orang kelainan upaya (OKU). |
Pengidap sakit kronik. | : | Surat pengesahan sakit kronik dari hospital kerajaan sahaja. |
Sedang mengikuti pengajian di IPT. | : | Satu salinan pengesahan pengajian / kad pelajar / surat tawaran belajar. |
Keluarga bermasalah. | : | Satu salinan laporan polis/ surat penjara. |
Muflis. | : | Satu salinan surat pengesahan bankrupsi dari Syarikat Insolvensi. |
Ke mana Perlu Dihantar Permohonan?
Borang permohonan yang telah siap diisi dan disertakan dengan dokumen yang diperlukan, boleh dihantar dengan hadir sendiri ke kaunter –kaunter Baitulmal MAIWP (senarai kaunter)
- Category: Jenis Skim Bantuan Zakat
Bantuan Biasiswa / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
- Published: Tuesday, 12 July 2016 19:00
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 64409
Biasiswa diberikan kepada pelajar cemerlang bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi samaada dalam dan luar negara.
Syarat Umum
- Beragama Islam
- Warganegara Malaysia
- Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
- Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah (Kira kelayakan Had al-Kifayah)
Peringkat Diploma
- SPM mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam 5 matapelajaran berkaitan
Peringkat Ijazah
- STPM mendapat sekurang-kurangnya 3 prinsipal A termasuk Pengajian Am
- STAM memperolehi sekurang-kurangnya 5 mumtaz 5 Jayyid Jiddan Peringkat Ijazah Lanjutan (pengajian Islam)
- Mendapat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dari Universiti dalam/ luar Negara
- Purata CGPA 3.5 ke atas
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Pengajian Islam
- Mendapat Ijazah Sarjana dengan purata CGPA 3.5 ke atas
- Tajuk tesis perlulah dalambidang berkaitan
- Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan
- Category: Jenis Skim Bantuan Zakat