BERITA MAIWP

Read More +
09 September 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPYBM BERSAMA MAIWP MENINJAU KEBAJIKAN ASNAF

Read More +
27 July 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPUOW Malaysia rakan strategik pendidikan

Read More +
21 July 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPAnugerah rezeki, taufik tawakal kepada Allah SWT
Makumat Bantuan Kecemasan #MUSAADAHCOVID19 MAIWP
- Published: Tuesday, 19 January 2016 17:00
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 407211
PENGENALAN
Bantuan Khas COVID-19 ini merupakan salah satu usaha MAIWP bagi membantu meringankan beban orang awam susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak COVID-19.
Bantuan diberikan kepada penjaja/peniaga kecil, pekerja dan individu yang terjejas sumber pendapatan agar dapat meneruskan kelangsungan hidup dalam tempoh ini.
OBJEKTIF
- Membantu golongan pendapatan pertengahan yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan wabak COVID-19.
- Membantu meringankan beban hidup golongan penjaja/peniaga kecil dan pekerja B40 agar mereka dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
BANTUAN ZAKAT KECEMASAN #MUSAADAHCOVID19 MAIWP
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, MAIWP mengambil maklum bahawa ramai terkesan ekoran penularan wabak COVID-19. Oleh itu, MAIWP menawarkan bantuan kecemasan kepada mereka yang terjejas pendapatan dan tidak menerima Bantuan Kewangan Bulanan MAIWP.
SOALAN LAZIM BANTUAN ZAKAT BAITULMAL MAIWP : COVID-19
Saya terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan kerana COVID-19
- Category: Baitulmal
Takrif Asnaf Zakat
- Published: Friday, 04 December 2015 11:29
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 113624
Definisi Asnaf
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
- FAKIR
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan. - MISKIN
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya. - AMIL
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya. - MUALLAF
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :- Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh. - Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
- Beragama Islam
- AL-RIQAB
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu. - AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak. - FISABILILLAH
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya. - IBNU SABIL
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
- Category: Baitulmal
Wang Tak Patuh Syariah
- Published: Friday, 04 December 2015 11:23
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 26120
Wang atau harta tidak patuh syariah ditakrifkan sebagai harta yang dimiliki dan diperolehi melalui wasilah yang tidak diiktiraf oleh syarak seperti rompakan, rampasan, hasil jualan barang curi, rasuah, perjudian, loteri, transaksi riba, perlindungan insurans konvensional, keuntungan pelaburan di dalam sekuriti tidak patuh syariah dan seumpamanya.
PENGGUNAAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH
Melalui keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-87, Majlis Kebangsaaan bagi Hal Ehwal Islam pada 23-25 Jun 2009, telah dinyatakan iaitu:
“Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manfaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:
- Diserahkan kepada Baitulmal untuk maslahah- maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;
- Diserahkan kepada golongan fakir miskin; atau
- Jika harta tersebut merupakan harta rompakan, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal”.
SERAHAN WANG TIDAK PATUH SYARIAH KEPADA MAIWP
MAIWP melalui Bahagian Baitulmal menerima wang tidak patuh syariah yang ingin diserahkan oleh orang Islam untuk disalurkan bagi kegunaan seperti yang digariskan oleh hukum.
Orang awam yang ingin menyerahkan wang/harta tidak patuh syariah boleh hadir ke Baitulmal MAIWP untuk urusan selanjutnya di mana resit terimaan akan dikeluarkan oleh MAIWP.
Sebarang pertanyaan dan kemusykilan sila hubungi kami melalui email atau datang terus ke pejabat Baitulmal.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Ibu Pejabat)
Aras 1,7,9-11,
Bangunan PERKIM No. 150,
Jalan Ipoh 51200 KUALA LUMPUR
No. Tel : 03- 4047 9444 No. Faks : 03- 4044 9444
- Category: Baitulmal
Wakaf
- Published: Friday, 04 December 2015 11:22
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 91306
PENGERTIAN WAKAF
Bahasa: Berhenti (وقف), Menahan (حبس), Menghalang (منع)
Istilah/Syara’: “Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jual beli, pewarisan, hibah dan wasiat di samping mengekalkan sumber fizikalnya, untuk kebajikan dengan niat untuk mendekatkan diri pewakaf kepada Allah S .W.T”
WAKAF
Mengikut Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505] menjelaskan:
“Walau apa pun apa-apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung dalam mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal atau menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr ‘am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orang-orang Islam mengikut Hukum Syarak.”
FUNGSI MAIWP SEBAGAI PEMEGANG AMANAH TUNGGAL WAKAF DI WILAYAH PERSEKUTUAN
- Menguruskan penerimaan wakaf daripada orang ramai.
- Mentadbir dan menjaga harta-harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
- Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
- Meningkatkan penghayatan amalan wakaf dikalangan masyarakat demi memastikan syiar Islam terus unggul.
- Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan kepentingan pembangunan hartanah wakaf.
PROSEDUR MEWAKAFKAN HARTA
- Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada Baitulmal MAIWP serta melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan.
- Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas.
- Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.
- Pewakaf dikehendaki menyempurnakan surat cara wakaf yang disediakan oleh Baitulmal MAIWP.
- Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di Pejabat Tanah Dan Galian Wilayah Persekutuan dan menyelesaikan urusan proses pewakafan.
JENIS-JENIS WAKAF
- Wakaf Khas
Pewakaf mewakafkan hartanya untuk tujuan tertentu seperti membina masjid, sekolah agama dan sebagainya. - Wakaf Am
Pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus.
RUKUN WAKAF
- Pewakaf (Wakif)
- Harta yang diwakafkan (Mauquf)
- Penerima wakaf (Mauquf Alaih)
- Lafaz Wakaf (Sighah)
SYARAT HARTA YANG DIWAKAFKAN (MAUQUF)
- Harta yang berbentuk kekal yang mempunyai nilai mengikut hukum syarak dan boleh diambil manfaatnya seperti tanah atau bangunan.
- Harta milik sempurna pewakaf
- Harta yang dapat diserahkan dan bukan hartanya ditahan seperti harta orang muflis dan harta anak yatim.
SYARAT-SYARAT SAH WAKAF
- Wakaf tidak dihadkan tempoh tertentu.
- Tujuan dan maksud wakaf hendaklah jelas.
- Wakaf dilaksanakan secara tunai tanpa syarat.
- Category: Baitulmal