BERITA MAIWP

Read More +
16 November 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPYDPA BERKENAN TERIMA ZAKAT RM65.38 JUTA

Read More +
16 November 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPKKZ 2023 di perkampungan Orang Asli

Read More +
16 November 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWPUmmah objektif utama kembara zakat 2023
Luqatah
- Published: Friday, 04 December 2015 11:19
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 23313
Luqatah bermaksud harta yang hilang dari tuannya dan dijumpai oleh orang lain. Ia juga ditakrifkan harta tanpa milik yang dihormati yang ditemui di sesuatu tempat yang tidak sepatutnya disimpan dan si penemunya tidak mengetahui orang yang berhak ke atas harta tersebut.
PERKHIDMATAN HARTA LUQATAH YANG DISEDIAKAN OLEH MAIWP
- Menerima harta luqatah (harta yang dijumpai) oleh orang awam
- Membuat hebahan kepada orang ramai berkaitan dengan Harta Luqatah yang dijumpai selama setahun.
- Membuat proses pelupusan Harta Luqatah yang telah tamat tempoh hebahan selama 1 tahun samada melalui kaedah sebutharga, lelongan, tender atau dimusnahkan.
PROSEDUR PENYERAHAN HARTA LUQATAH KEPADA MAIWP
- Penemu hendaklah menyerahkan harta yang dijumpai ke Baitulmal MAIWP
- Penemu perlu mengisi borang serahan Harta luqatah dan menyerahkan barang tersebut kepada pegawai bertanggungjawab beserta Harta Luqatah.
- Satu surat akuan terima Harta Luqatah akan diberikan kepada penemu sebagai bukti penerimaan.
- Pihak MAIWP akan mengeluarkan notis penemuan Harta Luqatah di premis awam berhampiran Harta Luqatah ditemui.
- Category: Baitulmal
Kaffarah
- Published: Friday, 04 December 2015 11:19
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 247268
Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.
Kaffarah yang dibayar kepada MAIWP dimasukkan kedalam akaun khas amanah Kaffarah yang mana digunakan untuk membeli beras, barang bekalan makanan dan pakaian seterusnya diagihkan kepada fakir miskin di Wilayah Persekutuan.
JENIS-JENIS KAFFARAH
Jenis-jenis kaffarah yang berkaitan dengan memberi makan kepada fakir miskin (bersedekah) ialah:
1.Kaffarah kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar.
- Wajib memberi makan 60 orang fakir miskin sekiranya tidak mampu berpuasa 2 bulan berturut-turut.
- Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 60 orang = RM 600.
2.Kaffarah Melanggar Sumpah dan tidak menunaikan nazar
- Memberi makan sehingga kenyang 10 orang fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 10.00 x 10 orang = RM 100 ); atau
- Memberi pakaian kepada fakir miskin ( Kadar kaffarah ialah : RM 60.00 x 10 orang = RM 600 ).
3.Kaffarah persetubuhan isteri ketika haid.
- Tidak diwajibkan membayar kaffarah. Walaubagaimanapun sekiranya pelaku ingin membayarnya sebagai langkah berjaga-jaga ialah dengan kadar satu (1) Dinar* atau ½ Dinar mengikut harga semasa.
- Satu (1) Dinar bersamaan 4.25 g emas sebagaimana yang dinyatakan di dalam kitab Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuhu karangan Dr. Wahbah Az-Zuhaili.
Contoh :-
Sekiranya seseorang tidak mampu berpuasa 60 hari berturut-turut disebabkan sakit atau tua kerana membatalkan puasa bulan ramadhan dengan bersetubuh dan zihar hendaklah memberi makan 60 orang fakir miskin.
- 60 hari x RM 10.00 = RM 600.00
PROSEDUR MEMBAYAR KAFFARAH DI MAIWP
Perkiraan boleh dibuat di Unit Sumber Am Baitulmal dan bayaran kaffarah boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Kiraan Kaffarah :
- Category: Baitulmal
Fidyah
- Published: Friday, 04 December 2015 11:18
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 524543
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.
Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
HUKUM FIDYAH
Hukum membayar fidyah adalah wajib. Ia wajib disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Ia juga menjadi satu tanggungan (hutang) kepada Allah SWT sekiranya tidak dilaksanakan.
SEBAB-SEBAB DIKENAKAN FIDYAH
1. Uzur menunaikan puasa wajib
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
2. Perempuan hamil
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
3. Ibu yang menyusukan Anak
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
4. Orang yang telah meninggal dunia
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
5. Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
6. Melambatkan Ganti Puasa (Qada’)
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
TAKSIRAN FIDYAH
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Dalam bentuk nilaian matawang adalah berdasarkan kepada kadar yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sehingga tahun 2019, secupak beras bersamaan dengan 600 gram dinilai dengan kadar RM 4.00.
KONSEP GANDAAN BAGI PENENTUAN BAYARAN FIDYAH
Apabila seseorang yang meninggalkan puasa dan tidak menggantikan puasa tersebut, tidak perlu menggandakan fidyah tersebut kecuali bagi mereka yang berkemampuan.
Contoh:
Jika seseorang meninggalkan puasa selama 3 hari dan tidak menggantikan puasanya sehingga 3 kali bulan Ramadhan, maka kadar fidyahnya ialah:
RM 4.00 (1 cupak) X 3 hari X 3 tahun = RM 36.00.
PROSEDUR MEMBAYAR FIDYAH DI MAIWP
Cara perkiraan dan jumlah bayaran fidyah boleh dibuat di Unit Sumber Am Bahagian Baitulmal manakala bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui cek/pos berdaftar atas nama MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Kadar bayaran fidyah berubah mengikut harga yang ditetapkan oleh pemerintah di sesuatu tempat manakala pengiraan kadar fidyah berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk). Beras fidyah tersebut hendaklah diagihkan kepada fakir atau miskin oleh Baitulmal.
Kiraan Fidyah
- Category: Baitulmal
Faraid / Pusaka
- Published: Friday, 04 December 2015 11:18
- Written by Nor Hidayu
- Hits: 51994
HARTA PUSAKA YANG TERHAK KEPADA MAIWP
Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan hak miliknya hingga kematiannya.
Harta pusaka yang terhak kepada Baitulmal MAIWP adalah harta yang ditinggalkan oleh si mati yang tiada waris atau tiada waris yang layak menghabisi harta tersebut setelah dibahagikan kepada waris yang berhak mengikut hukum syarak melalui Perintah Pembahagian Pusaka Kecil/Perintah Pembahagian Pusaka oleh Amanah Raya atau Perintah Mahkamah Tinggi.
HARTA PUSAKA TERMASUK:
- Semua harta yang diperolehi secara halal melalui jual beli, hibah, wasiat, pembahagian pusaka, hadiah, sedekah dan sebagainya.
- Sewa yang masih belum dijelaskan kepada si mati.
- Hutang kepada si mati yang dijelaskan selepas kematiannya.
- Dividen/faedah yang terbit daripada harta si mati.
- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
- Barang yang terbit selepas kematiannya dari usaha semasa hayatnya, misalnya ikan yang masuk ke dalam bubu yang ditahan oleh si mati.
HARTA PUSAKA TIDAK TERMASUK:
- Harta yang telah diberi (hibah), dijual, diwakafkan, dan dipegang amanah oleh si mati kepada seseorang semasa hayatnya.
- Khairat kematian.
- Pemberian oleh orang yang menziarahi kematian.
- Imbuhan, pampasan dan saguhati.
- Pencen terbitan.
- Bayaran-bayaran di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja (PERKESO)
- Harta yang dipinjamkan daripada orang semasa hayatnya.
PROSES TERIMAAN HARTA PUSAKA OLEH BAITULMAL
- Terima maklumat harta pusaka yang terhak kepada Baitulmal
- Membuat siasatan awal/mendapatkan keterangan daripada waris/ saudara-mara si mati atau kenalan si mati.
- Mengemukakan kepada Mahkamah syariah untuk mendapatkan Sijil Faraid.
- Mengemukakan permohonan surat kuasa kepada Pejabat Pusaka Kecil, amanah Raya atau Mahkamah Tinggi.
- Menguruskan urusan pindah milik kepada Baitulmal.
TEBUS PUSAKA
Sekiranya Baitulmal MAIWP memperolehi harta tak alih daripada pusaka yang terhak kepadanya, pihak waris boleh menebus harta tersebut berdasarkan nilaian semasa melalui:
- Bicara di Pejabat Pusaka Kecil
- Permohonan kepada Baitulmal
- Category: Baitulmal
- Kemaskini Terakhir : Friday 24 November 2023, 18:19:10.