PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT

A- A A+

02 ebayaran

01 ebaitulmal

03 Kalkulator

04 fidyah

Bantuan Zakat Institusi Pendidikan Institusi Perlindungan Perkhidmatan Lain
Kerjasama NBOS Iklan Penerbitan Perkhidmatan Atas Talian

banner mesir

BERITA MAIWP

YDPA BERKENAN TERIMA ZAKAT RM65.38 JUTA
Read More +
16 November 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWP

YDPA BERKENAN TERIMA ZAKAT RM65.38 JUTA

KKZ 2023 di perkampungan Orang Asli
Read More +
16 November 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWP

KKZ 2023 di perkampungan Orang Asli

Ummah objektif utama kembara zakat 2023
Read More +
16 November 2023 by Unit PRO, in Berita MAIWP

Ummah objektif utama kembara zakat 2023

Bantuan

Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

Senarai Semak

  1. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Kewangan Bulanan
  2. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang
  3. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Deposit / Sewa Rumah Bulanan
  4. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Membaiki / Membina Rumah
  5. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Deposit Pembelian Rumah Kos Rendah
  6. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Haemodialisis / Peralatan Kesihatan / Perubatan Am
  7. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Deposit Motosikal Oku
  8. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  9. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  10. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perniagaan / Pertanian / Perikanan / Penternakan
  11. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Perkahwinan
  12. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Guaman Syarie
  13. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Musibah
  14. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Kecemasan
  15. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
  16. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Persediaan Sekolah
  17. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Am Persekolahan
  18. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Tuisyen (Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja)
  19. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Persediaan IPT (Sepenuh masa sahaja)
  20. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Am Perlajaran IPT
  21. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  22. Dokumen Sokongan Skim Bantuan Am Pelajaran IPT (Ulangan)

Had al-Kifayah

Had al-Kifayah merupakan pengiraan yang digunakan dalam menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan zakat. Ia mengambil kira keperluan asasi yang diperlukan oleh seseorang untuk meneruskan kelansungan hidup. Bagi setiap elemen keperluan asasi, satu kadar yang paling minimum diletakkan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

Kalkulator Had al-Kifayah

Agihan Zakat

mohonbantuan panduanpermohonan kalkulator

01.Jenis Skim Bantuan Zakat

BIL SKIM BANTUAN SYARAT KHUSUS
1. Bantuan Kewangan Bulanan
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak
2. Bantuan Am Persekolahan
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak
3. Bantuan Perniagaan
  1. Mempunyai lesen perniagaan
  2. Perniagaan tidak berbentuk jualan langsung (direct selling) kecuali mempunyai kedai
  3. Senarai semak
4. Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
  1. Lesen memandu & PSV
  2. Permit LPKP atau Syarikat
  3. Sebutharga Teksi
  4. Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun
  5. Senarai Semak
5. Bantuan Membina / Membaiki Rumah Dan Deposit Membeli Rumah Kos Rendah
  1. Geran tanah rumah sendiri
  2. Surat Perjanjian Jual Beli Rumah
  3. Surat tawaran pinjaman bank
  4. Berumur lebih daripada 30 tahun
  5. Senarai Semak Bantuan Membina& Membaiki Rumah
  6. Senarai Semak Bantuan Deposit Membeli Rumah
6. Bantuan Tambang Dalam / Luar Negeri (Ibnu-Sabil)
  1. Berkeadaan musafir yang diharuskan oleh syarak
  2. Tidak mempunyai perbelanjaan yang mencukupi bagi membiayai keperluan asasi buat sementara waktu sebelum pulang ke negeri asal / Negara asal
  3. Tiada saudara mara / kedutaan yang bersedia dan berkewajipan untuk membantu
  4. Mempunyai dokumen perjalanan yang sah Pembayaran visa bagi warga asing dalam tempoh sekali sahaja berdasarkan kes tertentu yang boleh dipertimbangkan
  5. Senarai Semak
7. Bantuan Segera
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak
8. Bantuan Al-Riqab
  1.  Tiada syarat khusus
9. Bantuan Am Pelajaran IPT
  1. Keluarga berpendapatan rendah
  2. Telah mendapat tawaran belajar
  3. Tidak mendapat tajaan
  4. Kursus melebihi 6 bulan
  5. Senarai semak
10.  Bantuan Pelajar Institut Profesional Baitulmal (IPB)
  1.  Disalurkan kepada pelajar Institut Profesional Baitulmal
11. Bantuan Kepada Agensi-Agensi Kebajikan & Institusi Pendidikan
  1. Berdaftar di Wilayah Persekutuan
  2. Penyata Bank
  3. Proposal Agensi/Pertubuhan
  4. Lain-lain dokumen yang dirasakan perlu
12. Bantuan Ramadhan
  1. Disalurkan kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan, muallaf berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dan pelajar/ pelatih institusi di bawah MAIWP
13. Bantuan Perubatan
  1. Surat pengesahan doktor
  2. Senarai Semak
14. Bantuan Perkahwinan
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak
15. Bantuan Deposit Sewa Rumah Dan Sewa Rumah Bulanan
  1. Pendapatan tidak sampai had mencukupi (Had al- kifayah)
  2. Resit/Bil atau Surat Pembayaran Rumah
  3. Senarai semak
16. Bantuan Menyelesaikan Hutang (Al-Gharimin)
  1. Pendapatan tidak sampai had mencukupi (Had al- kifayah)
  2. Senarai semak
17. Bantuan Musibah
  1. Laporan Polis
  2. Senarai semak
18. Biasiswa Baitulmal / Insentif Khas Pelajar Cemerlang
  1. Peringkat Diploma
    - SPM mendapat sekurang-kurangnya Gred 2A dalam 5 matapelajaran berkaitan
  2. Peringkat Ijazah
    - STPM mendapat sekurang-kurangnya 3 prinsipal A termasuk Pengajian Am
    - STAM memperolehi sekurang-kurangnya 5 mumtaz 5 Jayyid Jiddan
  3. Peringkat Ijazah Lanjutan (pengajian Islam)
    - Mendapat Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dari Universiti dalam/ luar Negara
    - Purata CGPA 3.5 ke atas
    - Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan
  4. Ijazah Kedoktoran (Ph.D) Pengajian Islam
    - Mendapat Ijazah Sarjana dengan purata CGPA 3.5 ke atas
    - Tajuk tesis perlulah dalam bidang berkaitan
    - Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan
19. Bantuan Peralatan Dan Kecemasan Persekolahan
  1. Pendapatan tidak sampai had mencukupi (Had al- kifayah)
  2. Keutamaan kepada penerima bantuan dermasiswa sekolah (tanggungan bersekolah melebihi 2 org )
20. Bantuan Tuisyen
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak
21. Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
  1. Berumur sekurang-kurangnya 12 tahun
  2. Tahap minimum hafaz tidak kurang daripada 5 juzu' pertama mengikut susunan mashaf
  3. Mana-mana pelajar lulusan Tahfiz Al-Quran atau seumpamanya yang ingin menyertai ujian ini hendaklah memasuki ujian tahap 30 juzu'
  4. Senarai semak
22. Bantuan Pertanian
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak
23. Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
  1. Lesen memandu & PSV Permit LPKP Sebutharga Van/Bas
  2. Berpengalaman sekurang-kurangnya setahun
  3. Senarai Semak
24. Bantuan Deposit Membeli Motorsikal Roda Tiga Untuk OKU
  1. Sijil / Kad OKU
  2. Lesen memandu kenderaan orang cacat
  3. Sebutharga motorsikal tiga roda
  4. Senarai Semak
25. Bantuan Pelajaran Kolej Kejururawatan PUSRAWI
  1. Disalurkan kepada pelajar Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS)
26. Bantuan Guaman Syarie
  1. Pendapatan RM1,500 ke bawah atau maksimum RM3,000 beserta penilaian tanggungan
  2. Mempunyai kes di mahkamah Syariah di WP ataupun mana-mana Mahkamah Syariah di Malaysia (bagi kes pendakwaan).
  3. Mengemukakan bukti tertulis daripada Mahkamah Syariah bagi tuntutan berkaitan
  4. Senarai semak
27. Bantuan Persediaan IPT
  1. Tiada syarat khusus
  2. Senarai semak peringkat IPT
  3. Senarai semak peringkat sekolah
28. Bantuan Takaful Asnaf
  1. Diberikan kepada penerima Bantuan Kewangan Bulanan

mohonbantuan

02. Syarat Umum Permohonan

  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari  (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah

03. Had al-Kifayah

Had Kifayah dari sudut bahasa ialah kadar keperluan (kecukupan). Manakala dari sudut syarak ialah kadar minima bagi keperluan asas dalam kehidupan seseorang. Secara ringkasnya, Had Kifayah merujuk kepada suatu kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan berdasarkan kos sara hidup semasa. Had ini juga digunakan bagi mengetahui kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan Had Kifayah ini merangkumi 6 aspek keperluan asas iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan.

  1. Perlindungan Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik dan lain-lain yang berkaitan.
  2. Makanan Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.
  3. Pakaian Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.
  4. Perubatan Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.
  5. Pendidikan Segala kos pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain yang berkaitan.
  6. Pengangkutan Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos tambang dan lain-lain yang berkaitan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

kalkulator

04. Proses Permohonan Bantuan Zakat

Proses permohonan bantuan zakat dijelaskan dalam buku ini. (panduan)

panduanpermohonan

05. Soalan Lazim Agihan Zakat

Siapakah yang boleh memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Sesiapa sahaja yang tergolong dalam golongan fakir, miskin, amil,muallaf, al-gharimin (orang yang berhutang), ibnu sabil, fisabilillah dan ar-riqab. Antaranya orang miskin, pelajar sekolah dan pengajian tinggi, mereka yang ditimpa penyakit, peniaga kecil, pemandu teksi dan lain-lain lagi.

Apakah syarat-syarat bagi memohon bantuan zakat Baitulmal MAIWP?

Terdapat dua syarat iaitu syarat umum dan khusu. Syarat umum adalah Islam, warganegara Malaysia, menetap di Wilayah Persekutuan sekurang-kurangnya setahun dan bergantungkepada pengiraan keperluan asasi dan pendapatan isi rumah (Had al-Kifayah) Syarat khusus pula adalah bergantung kepada bantuan yang dipohon dan berbeza-beza mengikut skim bantuan.

Bagaimanakah caranya untuk memohon bantuan zakat daripada Baitulmal MAIWP?

Datang sendiri ke pejabat Baitulmal MAIWP atau boleh melayari laman web www.maiwp.gov.my untuk maklumat lanjut mengenai permohonan bantuan dan memuat turun borang permohonan.

Berapakah jumlah bantuan zakat yang diberikan?

Jumlah bantuan zakat yang diberikan kepada seorang pemohon yang layak adalah berbeza-beza mengikut jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Bolehkah saya memohon lebih daripada satu bantuan?

Pemohon boleh memohon lebih daripada satu bantuan setelah pihak Baitulmal MAIWP mengenalpasti kelayakan pemohon.

Adakah bantuan ini perlu dibayar semula?

Tidak, semua bantuan yang diberikan bukan berbentuk pinjaman dan tidak perlu dibayar semula

FaLang translation system by Faboba

hospital1  ppz picoms1 ipb    smista    smamaiwp    pondok

maiwp healthcare pusat wakaf ikb

MAIS   MAINS   MAIM   MAIJ   MAIK   MAIAMP   MAIPS   MAINPP   MAIKEL   MAIDAM   MUIP  MUIS   MIS

JAKIM  JAWI   mufti   halal   jawhar   wakaf   jksm   jata   KSN   MAIDAM   MUIP  MUIS   mof   spa   hrmis   jpa   audit   msc   mampu

Joomla Tabs
 Memacu Kegemilangan Ummah 
TOP

THEME OPTIONS

Header type:
Theme Colors:
Color suggestions *
THEME
* May not have full accuracy!