Jumaat, September 10, 2010
   
TEXT_SIZE
 

Bertanggungjawab dalam penggunaan teknologi maklumat yang sesuai supaya fungsi dan tugas harian di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dapat dijalankan dengan cekap, berkesan dan menepati keperluan semasa bagi menjamin perkhidmatan yang profesional, berkualiti serta mencapai tahap produktiviti yang disasarkan.

Objektif utama:

  • Membangunkan dan melaksanakan sistem aplikasi bagi meningkatkan kecekapan dan keberkesanan operasi bahagian-bahagian di MAIWP dengan penggunaan teknologi ICT.

  • Memastikan semua peralatan ICT berada dalam keadaan baik dan sedia untuk digunakan.

  • Memastikan semua keperluan ICT di MAIWP sama ada sistem aplikasi, peralatan mahupun latihan dapat dipenuhi.

 

Bahagian Teknologi Maklumat & Komunikasi berperanan sebagai bahagian utama yang menguruskan sistem maklumat dan perkakasan ICT bagi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP). Ia terdiri daripada 3 unit iaitu :
  • Unit Pembangunan Sistem Aplikasi

  • Unit Penyelenggaraan dan Rangkaian

  • Unit Operasi


Unit Pembangunan dan Sistem Aplikasi

  • Mengkaji dan membangunkan sistem aplikasi berasaskan client server, multimedia dan web.

  • Membangun, menyelenggara dan mengurus halaman web MAIWP.

  • Menyediakan dokumentasi sistem-sistem aplikasi yang telah dibangunkan.

  • Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) peralatan ICT terkini yang diperlukan dalam pembangunan sistem, pengkomputeran atau pengautomasian pejabat.

Unit Penyelenggaraan dan Rangkaian
  • Mengurus dan menyelenggara semua peralatan ICT di MAIWP.

  • Mengawal PC dan server daripada serangan virus.

  • Mengurus, menyelenggara dan mengawal keselamatan rangkaian dalaman dan antara Ibu Pejabat dengan cawangan MAIWP (MAIWP *Net).

  • Mengurus, mengendali dan menyelenggara kemudahan e-mail semua kakitangan MAIWP.

Unit Operasi
  • Mengurus dan menyelaras sistem aplikasi yang dibangunkan.

  • Mengurus dan mengendali perisian pembangunan sistem aplikasi yang digunakan di MAIWP.

  • Mengkaji dan menguruskan keperluan peralatan ICT bagi pengoperasian sistem aplikasi MAIWP.

  • Menyelaras dan mengurus keperluan latihan kakitangan teknikal dan pengguna sistem aplikasi yang dibangunkan.

 

 


  STATISTIK KAKITANGAN
Bil KUMPULAN GRED BILANGAN
1 Pengurusan dan Profesional F48 1
    F44 1
    F41 2
2 Kumpulan Sokongan 1 F32 1
    F29 5
3 Kumpulan Sokongan 2 FT17 3
    N17 2
  JUMLAH   15
       

Sedang dikemaskini..
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini868

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini