Berita MAIWP
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA MAIWP FC DAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA).
PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA MAIWP FC DAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA).
| PERLAWANAN BOLASEPAK PERSAHABATAN ANTARA MAIWP FC DAN UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA (UIA). |
|
05 Mac 2010 (Jumaat) - Kelab bolasepak MAIWP telah mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA), yang berlangsung di Padang UIA, cawangan Petaling Jaya. Pada perlawanan tersebut MAIWP FC telah berjaya mengalahkan pasukan UIA dengan jaringan 2 - 1, dua gol tersebut hasil jaringan pemain veteran iaitu Narawi Bin Zaini dan Suhaimi Bin Ahmad Bintang. Dalam takwim 2010, MAIWP FC sudah merancang mengadakan perlawanan bolasepak 2 kali setiap bulan, manakala perlawanan sebelah malam akan diadakan sebulan sekali. Tujuan utama perlawanan ini adalah untuk persiapan Kejohanan Bolasepak MAKSWIP yang secara kebiasaan dianjur setahun sekali. Disamping menambah pengalaman pemain, mengeratkan silaturahim serta ukhwah antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan agensi kerajaan yang lain dan secara tidak langsung dapat mempromosi nama MAIWP supaya lebih dikenali khususnya dalam bidang sukan. Pemain-pemain melakukan 'warming up' sebelum perlawanan Antara aksi dan jaringan dalam perlawanan tersebut |










