Berita MAIWP
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN
MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN
| MAJLIS BACAAN YASIN DAN TAHLIL ARWAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN DAN PELABURAN |
|
05 Mac 2010, Badan Kebajikan Bahagian Pembangunan dan Pelaburan telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil arwah untuk Puan Asma Binti Ab. Rahman iaitu Bonda kepada Encik Amran Bin Ab. Ghafar dari Unit Ukur Bahan yang telah kembali ke Rahmatullah pada 26 Februari 2010 (Jumaat) bersamaan 12 Rabiulawal 1431H jam 8.45 malam, di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Majlis ini bermula pada jam 08.30 dan berlangsung kira-kira 01 jam, bertempat di bilik mesyuarat aras 7. Antara yang hadir ialah Ir. Abd. Karim Bin Mohamed (Timbalan Pengurus Teknikal), Tuan Syed Nokman bin Syed Abu Bakar (Timbalan Pengurus Pentadbiran), YDP Badan Kebajikan BPP Puan Yazah Binti Ahmad dan semua warga BPP. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, Al-Fatihah..... Bacaan Surah Yassin yang dipimpin oleh Encik Jamil Bin Hassan Semua staf mendengar sambil mengaminkan doa yang dibaca
|










