TAKLIMAT BERSAMA PUSAT TEKNOLOGI HIJAU NEGARA (PTHN).
| TAKLIMAT BERSAMA PUSAT TEKNOLOGI HIJAU NEGARA (PTHN). |
|
02 Mac 2010 (Selasa) - Unit Penyelenggaraan, Bahagian Pembangunan Dan Pelaburan telah menjemput Pusat Teknologi Hijau Negara (PTHN) bagi memberi taklimat berkenaan dengan penjimatan tenaga yang bertempat di Bilik Mesyuarat Serambi, Hotel Putra KL.
Antara perkara utama yang dibincangkan pada taklimat tersebut adalah cara penjimatan tenaga elektrik terutamanya dalam sesebuah bangunan. Langkah ini diambil sesuai dengan kehendak semasa iaitu kempen rumah hijau dan mengatasi pemanasan global.Paling penting adalah, mencari kaedah yang praktikal untuk menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, seterusnya mengurangkan kos yang ditanggung MAIWP bagi bayaran bil setiap bulan. Wakil dari MAIWP, Hospital Pusrawi, Hotel Putra KL dan Jangka Prestasi Sdn. Bhd., yang bersama-sama mendengar taklimat. |










