BAITULMAL LABUAN SALUR BANTUAN KEPADA ASNAF HILANG UPAYA
| BAITULMAL LABUAN SALUR BANTUAN KEPADA ASNAF HILANG UPAYA |
|
03 Februari , Baitulmal Labuan terus menghulurkan bantuan kepada golongan asnaf di Wilayah Persekutuan Labuan. Keperitan dan kesusahan hidup keluarga En. Kuswadi bin Hamid di Taman Ranca-Ranca, Kampung Batu Arang W.P Labuan mendapat perhatian Baitulmal Labuan apabila wakil Baitulmal, Ustaz Mohd Radzalieh bin Matusin bersama 2 orang kakitangan mengadakan lawatan dan menyerahkan bantuan kerusi roda kepada beliau. Keluarga En. Kuswadi terpaksa menanggung beban yang berat apabila punca pendapatan keluarga hilang sejak setahun yang lalu akibat penyakit urat saraf yang menyebabkan beliau hilang upaya untuk bekerja. Keperitan hidup ini amat dirasai apabila beliau terpaksa menanggung perbelanjaan anak-anaknya yang masih lagi menuntut di alam persekolahan. Tambahan pula, isterinya tidak dapat bekerja kerana terpaksa menjaga beliau dan menguruskan keperluan anak-anak di rumah. Bagi membantu meringan beban keluarga ini, Baitulmal Labuan telah menghulurkan bantuan kewangan bulanan dan sewa rumah berjumlah RM600.00 sebulan. Beliau sekeluarga terasa terharu dengan sumbangan daripada Baitulmal dan bersyukur di atas bantuan yang disalurkan selama ini. Semoga bantuan ini memberi nafas baru kepada keluarga ini untuk menjalani kehidupan dengan lebih sempurna. Encik Kuswadi Bin Hamid (tengah) bergambar bersama-sama wakil Baitulmal Labuan
|









