Berita MAIWP
LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT KERJA-KERJA SEBUTHARGA SECARA TERBUKA.
LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT KERJA-KERJA SEBUTHARGA SECARA TERBUKA.
| LAWATAN TAPAK DAN TAKLIMAT KERJA-KERJA SEBUTHARGA SECARA TERBUKA. |
|
2 - 4 Feb - Unit Penyelenggaraan bersama Unit Perolehan telah mengadakan lawatan tapak dan taklimat untuk kerja-kerja sebutharga secara terbuka menerusi iklan laman web serta papan kenyataan di Ibu Pejabat MAIWP, Podium 1, Bangunan Perkim.
Antara tawaran sebutharga yang dibuka adalah kerja-kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara secara menyeluruh di Bangunan Perkim, pada 2 Februari 2010. Kedua kerja-kerja membekal, memasang dan mentauliah lampu kecemasan untuk Hotel Putra KL, pada 3 Februari 2010. Manakala yang terakhir adalah kerja-kerja penyelenggaraan sistem penyaman udara secara menyeluruh di Kompleks Darul Kifayah, pada 4 Februari 2010. Kesemua sesi taklimat dan lawatan tapak yang dibuat mendapat sambutan hangat dari kontraktor, ini mungkin kerana MAIWP adalah salah satu agensi kerajaan antara yang terawal mengeluarkan kerja-kerja sebutharga secara terbuka. Jumlah kehadiran kontraktor untuk ketiga-tiga sebutharga ini dianggarkan seramai 70 orang wakil dari syarikat masing-masing. Kontraktor yang hadir mendengar taklimat disampaikan oleh pegawai MAIWP Antara kontraktor yang hadir untuk kerja di Kompleks Darul Kifayah Kontraktor mendengar taklimat oleh pegawai MAIWP untuk kerja di Hotel Putra KL Lawatan tapak bersama wakil dari pihak MAIWP, Hotel Putra KL dan kontraktor |










