KELAB BOLING MAIWP SERTAI LIGA MASKWIP
| KELAB BOLING MAIWP SERTAI LIGA MASKWIP |
|
4 Februari - Kelab Boling MAIWP yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 memulakan tahun 2010 dengan menyertai Liga Majlis Kebajikan Sukan Wilayah Persekutuan (MAKSWIP). Liga tersebut disertai oleh 27 pasukan yang dijangka berlangsung selama 27 minggu bermula 20 Januari 2010. Antara pasukan-pasukan yang menyertai liga berkenaan adalah Majlis Sukan Negara, Universiti Malaya, Jabatan Kerja Raya, RTM, KWSP, LHDN dan DBKL. MAIWP telah menghantar dua pasukan yang diwakili seramai 16 orang pemain daripada bahagian-bahagian di MAIWP. Pihak penganjur pada hari pertama perlawanan diadakan mengalu-alukan penyertaan kali pertama MAIWP dalam liga tersebut dan berharap komitmen pasukan MAIWP akan berterusan pada tahun-tahun akan datang. Pengerusi Kelab Boling MAIWP, Encik Zainol bin Hashim menyatakan penyertaan Kelab Boling MAIWP dalam liga ini akan memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pemain yang sebahagian besarnya masih belum pernah menyertai mana-mana kejohanan. "Pendedahan ini akan dapat mematangkan para pemain dan diharapkan ianya akan menjadi lonjakan kepada Kelab Boling MAIWP untuk menyertai kejohanan yang lebih besar,' katanya lagi. Perlawanan diadakan pada setiap hari Rabu bermula jam 8.30 malam bertempat di KL Megalanes, Sri Petaling. Warga MAIWP yang menyertai liga tersebut adalah seperti berikut: MAIWP A
Antara pegawai dan kakitangan MAIWP yang menyertai Liga Boling MAKSWIP 2010..Dr. Muhammad Yamin bin Ismail, Pengurus Bahagian Baitulmal (berdiri, 4 dari kanan) turut menyertai liga tersebut
|









