Jumaat, September 10, 2010
   
TEXT_SIZE
MESYUARAT AGONG KELAB BOLASEPAK.

25 Januari 2010 (Khamis) - Kelab Bolasepak (MAIWP FC), telah mengadakan mesyuarat agong untuk tahun 2010 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Podium 1, Bangunan PERKIM.

Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah seperti rangkuman aktiviti sepanjang 2009, belanjawan 2009, pencapaian 2009, perancangan aktiviti 2010, perlantikan AJK 2010 dan hal-hal lain.


Secara kesimpulannya pencapaian sepanjang tahun 2009 adalah kurang memuaskan kerana, dari semua perlawanan yang diatur mahupun disertai peratusannya adalah seperti berikut 50% kalah, 40% menang dan 10% seri. Pada mesyuarat itu juga kesemua pemain serta pihak pengurusan berazam untuk meningkatkan prestasi dan pencapaian yang lebih baik bagi mengharungi setiap perlawanan untuk tahun 2010 serta tahun-tahun akan datang dengan lebih banyak kejayaan.
 
Ahli jawatankuasa telah dilantik untuk tahun 2010 dalam mesyuarat itu adalah Penaung disandang oleh KPE ( Tuan Haji Anan Bin C. Mohd ), Penasihat oleh TKPE (Encik Ismail Bin Porjo),  Presiden : Encik Ibrahim Bin Haji Ismail, Timbalan Presiden : Encik Khairul Mazli Bin Saut, Pengurus : Encik Mohd Saiful Bin Mohd Soid, Timbalan Pengurus : Encik Abdul Malek Bin Abdul Jalil, Setiausaha : Encik Muzafar Bin Arshad, Bendahari : Encik Mohd Hayazie Bin Mohd Ghazali serta ahli jawatankuasa kecil : Encik Suhaimi Bin Ahmad Bintang, Encik Mohd Razmi Bin Rashid, Encik Tuan Hazman Bin Tuan Mamat, Encik Mohd Husaini Bin Hussin, Encik Mohd Nizam Bin Abd. Razak dan Encik Norizwan Bin Sulaiman.
 
Antara ahli kelab yang hadir dalam mesyuarat agong tersebut
 
Taklimat aktiviti sepanjang 2009 oleh mantan Pengurus Kelab
 
Penyerahan tugas kepada Bendahari Kelab yang baru
l
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini21
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini869

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini