Jumaat, September 10, 2010
   
TEXT_SIZE

PENGERTIAN

Dari segi bahasa :

    AL-WAQF bermaksud harta yang diwakafkan
    AL-HABS bermakna harta itu ditahan
    AL-MANA’ bermaksud dihalang

Dari segi syarak :
Wakaf bermaksud menahan sesuatu harta itu daripada pewakaf dan   mensedekahkan manfaatnya untuk kebajikan atau kepada penerima wakaf tersebut dari mula harta diwakafkan hingga ke akhirnya semata-mata kerana Allah S.W.T

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG


MAIWP merupakan pemegang amanah tunggal bagi semua wakaf samada wakaf am atau wakaf khas. Ianya dinyatakan melalui Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang – Undang Islam (Wilayah – Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505]: “Walau apa pun apa - apa peruntukan yang bertentangan yang terkandung  dalam mana – mana suratcara atau pengisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau menyentuh perkara itu, majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, semua nazr am, dan semua amanah daripada segala perihal yang mewujudkan apa – apa amanah khairat bagi menyokong dan memajukan agama islam atau bagi faedah orang – orang islam mengikut hukum syarak, setakat mana – mana harta yang tersentuh olehnya dan terletak di dalam wilayah – wilayah persekutuan dan, jika pemberi harta itu atau orang lain yang mewujudkan amanah, wakaf atau nazr am itu telah berdomisil di wilayah – wilayah persekutuan, setakat semua harta yang tersentuh olehnya di mana – mana jua harta itu terletak.”

OBJEKTIF

  • Menguruskan pentadbiran harta – harta wakaf daripada orang ramai.
  • Mentadbir dan menjaga harta – harta wakaf agar terpelihara dengan sempurna.
  • Memberi kefahaman yang jelas kepada masyarakat tentang konsep dan amalan wakaf yang sebenar.
  • Meningkatkan penghayatan amalan wakaf di kalangan masyarakat demi memastikan syiar islam terus unggul.
  • Memberi pendedahan yang meluas kepada masyarakat akan kepentingan pembangunan hartanah wakaf.

PROSEDUR PENERIMAAN WAKAF

  1. Mengemukakan surat permohonan untuk mewakafkan harta kepada Baitulmal, MAIWP.

  2. Melampirkan salinan hakmilik atau apa-apa bukti pengesahan pemilikan harta yang hendak diwakafkan.

  3. Bagi kes yang tidak mempunyai dokumen hakmilik sebenar, pemohon dikehendaki membuat surat akuan sumpah bagi mengesahkan perkara di atas.

  4. Pihak Baitulmal akan membuat lawatan dan siasatan terperinci terhadap harta yang hendak diwakafkan supaya status sebenar harta berkenaan dapat dikenalpasti.

  5. Pewakaf kemudiannya dikehendaki menyempurnakan suratcara wakaf yang disediakan oleh baitulmal

  6. Baitulmal akan membuat pindahmilik tanah di pejabat tanah dan menyelesaikan proses wakaf.
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini22
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini870

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini