Jumaat, September 10, 2010
   
TEXT_SIZE
 
alt
 
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) telah ditubuhkan pada 1 Februari 1974 serentak dengan penubuhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. MAIWP selepas itu turut bertanggungjawab kepada Labuan dan Putrajaya selepas masing-masing diumumkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 16 April 1984 dan 1 Februari 2001.
 
 
Tanggungjawab dan peranan MAIWP dijelaskan seperti berikut :

Perkara 3 (5) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa :

“Walau apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua ugama Islam dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh dengan undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengadakan peraturan mengenai hal-ehwal ugama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara berhubung dengan ugama Islam”

Seksyen 4(1), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993, [Akta 505] memperuntukkan bahawa:-

“Maka hendaklah ada suatu badan yang dikenali sebagai “Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan”, untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong dalam perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam”


Seksyen 31, Akta 505 memperuntukkan:-

"Majlis hendaklah membantu dan menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan agama Islam di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan, kecuali perkara-perkara Hukum Syarak dan yang berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Wilayah-Wilayah Persekutuan sele-pas Yang di-Pertuan Agong, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Akta ini.”

Sebagaimana yang dinyatakan oleh peruntukan Akta 505 tersebut, MAIWP adalah dinaungi oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

 

 

 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini22
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini870

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini