Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
 
 

sign ceo.jpg

TUAN HAJI ANAN BIN C. MOHD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)
 
 

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah saya bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan taufiq dan izinNya, maka laman web baru MAIWP dapat dilancarkan. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, para sahabat, tabi’ dan tabi’in serta para ilmuan yang sentiasa mencintai ilmu dan terus menerokainya sepanjang zaman.

Laman web ini akan menjadi wadah kepada MAIWP untuk menyebarluaskan maklumat kepada masyarakat tentang aktiviti dan fungsi yang dijalankan oleh MAIWP kepada umum. Melalui laman web ini, masyarakat umum akan mengetahui usaha-usaha yang telah diambil oleh MAIWP dalam menjaga sosio-ekonomi umat Islam termasuk membasmi kemiskinan, membangunkan modal insan dan sebagainya.

Laman web baru MAIWP ini telah dibuat penambahbaikan dengan memuatkan beberapa ciri baru yang menjadikannya lebih interaktif dan berinformasi. Laman web baru ini membolehkan pengunjung mencari maklumat yang dikehendaki melalui butang “Search” yang disediakan. Para pengunjung juga boleh mengetahui senarai aktiviti yang bakal diadakan oleh MAIWP dalam tempoh terdekat melalui menu Kalendar MAIWP. MAIWP sentiasa berusaha untuk memastikan bahawa setiap maklumat yang dimuatkan di dalam laman web ini adalah tepat dan terkini.

Akhir sekali, saya berharap pengunjung laman web ini dapat menjadikan maklumat yang diperolehi sebagai sumber maklumat yang berguna untuk sama-sama dikongsi bagi menaikkan lagi imej MAIWP seterusnya imej Islam itu sendiri, InsyaAllah. Saya juga memohon pandangan dan cadangan untuk meningkatkan lagi penyebaran maklumat melalui laman web ini.

Sekian, wassalam.


HAJI ANAN C. MOHD
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN (MAIWP)

 
 
 
 
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini162

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini