Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
Darul Kifayah
 
 

Darul Kifayah adalah sebuah Institusi untuk memberi pelindungan, kebajikan dan penempatan yang kodusif kepada golongan anak-anak asnaf yang terdiri daripada:

a) Anak-anak Keluarga yatim/ yatim piatu

b) Anak-anak keluarga miskin

c) Anak-anak keluarga saudara baru

Darul Kifayah telah ditubuhkan secara rasmi pada 20 Ogos 1983 setelah mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) bersetuju akan penubuhannya.

Sehubugan dengan itu, satu Jawatankuasa Darul Kifayah telah ditubuhkan melalui Enakmen Hukum Syarak 1952 dan kaedah-kaedah Darul Kifayah melalui Warta kerajaan P.U ( A ) 124, bertarikh 22 April 1987.

Peranan Jawantakuasa Darul Kifayah diantaranya adalah:

a) Menentukan peruntukan Kaedah-kaedah Darul Kifayah dipatuhi

b) Mengawasi secra umum terhadap pentadbiran, pengurusan dan disiplin pelajar.

c) Menjalankan apa-apa kewajipan dan kuasa sebagaimana yang diamanahkan.

Darul Kifayah pada mulanya telah ditempatkan di Kampung Batu dan Taman Bukit Anggerik, Cheras pada tahun 1992. Manakala pada tahun 2007, Darul Kifayah telah berpindah ke lokasi yang kondunsif iaitu di taman Koperasi Polis Fasa 2, Kuala Lumpur. Keluasan lokasi ini adalah 22 hektar dam mampu untuk menempatkan bilangan pelajar seramai 500 orang dengan dilengkapi infrastruktur yang lebih sempurna.

alt       
 
alt 

alt

    ( Darul Kifayah dari tahun 2007- Masa Kini )
  • Pembiayaan persekolahan yang menyeluruh
  • Pengangkutan pergi dan balik sekolah
  • Makan minum harian
  • Pakaian Hari Raya
  • Bantuan perubatan
  • Makmal Komputer
  • Kelas-kelas Tambahan / Tuisyen
  • Kelas Al-Quran & FArdhu Ain
  • Aktiviti & program terancang
  1. Kuliah Agama
  2. Perkhemahan Ukhwah
  3. Karnival Sukan
  4. Kursus Motivasi
  5. Pertandingan Nasyid, tilawah Al-Quran, Hafazan
  6. Lawatan sambil belajar
  7. Kursus Kecemerlangan Akademik

 

 

 

 

 

 

Kumpulan Sasaran

  • Anak-anak yatim/piatu
  • Anak-anak daripada keluarga miskin dan tidak berkemampuan
  • Anak-anak daripada keluarga baru

Syarat-syarat Kemasukan

        1.    Warganegara Malaysia
        2.    Beragama Islam
        3.    Berumur antara 11 hingga 17 tahun
        4.    Masih bersekolah dan mempunyai latarbelakang akademik yang baik
        5.    Mempunyai tingkahlaku dan akhlak yang baik
        6.    Tidak pernah dikenakan tindakan disiplin oleh pihak sekolah
        7.    Tidak mempunyai rekod jenayah salahlaku akhlak
        8.    Tidak mempunyai kecacatan mental  

Proses Kemasukan

       1.    Pemohon hendaklah terlebih dahulu mengisi Borang Permohonan Kemasukan Kompleks Darul Kifayah.
              Borang boleh didapati di pejabat Kompleks Darul Kifayah.

       2.    Menghantar borang yang telah diisi dengan lengkap ke pejabat Kompleks Darul Kifayah

       3.    Surat panggilan temuduga akan dihantar. Hanya pemohon yang memenuhi syarat sahaja yang akan
              dipanggil untuk ditemuduga.

       4.    Proses temuduga akan diadakan mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Pemohon bersama
              Ibu / bapa / penjaga akan ditemuduga oleh panel penemuduga yang telah dilantik khas.

       5.    Surat tawaran kemasukan akan dihantar kepada pemohon yang layak dan lulus sesi temuduga.

       6.    Pemohon akan mendaftar masuk ke Kompleks Darul Kifayah pada tarikh yang telah ditetapkan

 

               DARUL KIFAYAH

               MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN

               LOT 28188, JALAN 36/10,

               TAMAN KOPERASI POLIS FASA 2,

               68100 KUALA LUMPUR

               TEL : 03-61884844

               FAX : 03-61881844



 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini86
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini206
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini