Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
 

   alt  alt  alt  alt

    

 

  • Pada 26 Januari 1988 Mesyuarat Majlis kali ke 30 telah bersetuju untuk menubuhkan satu pusat perlindungan Darul Islah yang bertujuan untuk memberi perlindungan kepada wanita-wanita yang menghadapi masalah.
  • Institusi ini mula beroperasi pada Nov 1989 di rumah kedai Taman Bukit anggerik Cheras, Kuala Lumpur dikenali sebagai Pusat Perlindungan Wanita Islam.
  • Pada tahun 2001 secara rasminya institusi ini telah bertukar nama kepada Dar Assaadah dengan menguna pakai Kaedah-Kaedah Dar Assaadah 1990. 
  • Memberi perlindungan tempat tinggal sementara kepada penghuni kategori wanita, keluarga dan saudara baru.
     
  • Memberi didikan agama dan bimbingan kerohanian kepada penghuni Dar Assaadah.

  • Memberi latihan kemahiran vokasional kepada pelatih.
 

  dsc_0009.jpg - 1.08 Mb      dsc_0005a 3.jpg - 1.07 Mb  dsc_0005a 2.jpg - 1.13 Mb

KEMUDAHAN YANG DI SEDIAKAN

  • Surau 
  • Asrama Pelatih/Keluarga

  • Dewan Makan

  • Dewan Serbaguna

  • Padang Permainan

  • Kelas Pembelajaran
 dsc_0127.jpg - 1.21 Mb  dsc_0022.jpg - 1.07 Mb  dsc_0358.jpg - 1.06 Mb  dsc_0416.jpg - 1.18 Mb  dsc_0083.jpg - 1.21 Mb
 
AKTIVITI DAR ASSAADAH

1. AKTIVITI RUTIN
  • Kelas Agama Fardhu Ain
  • Kelas Tafsir, Hadith, Akhlak, Feqh, Tadarus Al-Quran
  • Kelas Jahitan
  • Kelas Masakan
  • Kelas Kraftangan 
2. AKTIVITI DALAMAN
  • Pertandingan Syarahan, Kuiz, Bercerita, Melukis dll
  • Majlis Sambutan Hari Kebesaran Islam
  • Gotong Royong
  • Karnival Sukan
  • Ihya’ Ramadhan
  • Khidmat Kaunseling dan Rundingcara dll
3. AKTIVITI LUARAN
  • Lawatan Sambil Belajar 
  • Lawatan / Ziarah
  • Menghadiri Majlis-Majlis Rasmi
  • Kem Motivasi & Khemah Ibadah


SYARAT-SYARAT KEMASUKAN KE DAR ASSAADAH

Permohonan Kemasukan Wanita & Gadis Bermasalah 

  1. Berumur 18 tahun hingga 35 tahun (mengikut tarikh lahir)
  2. Pemohon terdiri daripada rakyat Malaysia dan beragama Islam
  3. Bebas daripada penyakit HIV, Tibi, gangguan mental & lain-lain
  4. Tempoh perlindungan & bimbingan selama 2 tahun dari tarikh pelatih melapor diri
  5. Kemasukan ke Dar Assaadah  atas dasar sukarela atau rujukan/sokongan daripada mana-mana pegawai dari kelas A

 Permohonan Kemasukan Keluarga Bermasalah

  1. Berumur 18 tahun hingga 55 tahun dengan cara sukarela (mengikut tarikh lahir)
  2. Pemohon terdiri daripada rakyat Malaysia dan beragama Islam
  3. Bebas daripada penyakit HIV, Tibi, gangguan mental & lain-lain
  4. Tempoh perlindungan & bimbingan selama 6 bulan dari tarikh melapor diri atau budibicara pengetua
  5. Bagi saudara baru/keluarga masalah juga hendaklah disertakan sekali surat nikah, cerai, dan rujukan daripada mana-mana pegawai Kelas A dari mana-mana agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Agama Islam Negeri dan laporan polis dibuat.
* Permohonan akan dinilai melalui proses temuduga dan kemasukan ke DS setelah mendapat kelulusan daripada Pengetua   

CARA PERMOHONAN (PELATIH)
 
Dapatkan borang dengan datang sendiri atau telefon terus pejabat Dar Assaadah

DAR ASSAADAH TERBAHAGI KEPADA 3 KATEGORI

Wanita :

  • Wanita berumur 18 tahun hingga 35 tahun yang bermasalah dan memerlukan perlindungan serta bimbingan kerohanian.
Keluarga :
  • Wanita, isteri, janda/balu yang berumur 18 tahun hingga 55 tahun yang menghadapi masalah tempat tinggal dan kesempitan hidup.
Saudara Baru
  • Wanita yang berumur antara 18 hingga 55 tahun yang baru memeluk Islam dan memerlukan perlindungan tempat tinggal serta bimbingan kerohanian

 

Dar Assaadah,

Kg. Delima, Jalan Jambu Laut,

Kg. Batu 5 Jalan Ipoh,

51200 Kuala Lumpur.    

Pejabat : 03-62570960/6864  

Fax : 03-62581254


 

 

 

 

 
 
 
 

Dar Assaadah,

Bukit Angerik (1989)

Dar Assaadah,

Jln Gurney (1996)

 Dar Assaadah,

Taman Koperasi Polis (2000)


Dar Assaadah,

Jln Ipoh (2008 - Kini)

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini86
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini206
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini