Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
 

 Fungsi mewujudkan Taska Darul Hannan adalah untuk menyediakan kemudahan penjagaan harian, pengasuhan dan pendidikan kepada kanak-kanak (bagi peringkat umur antara 2-4 tahun) melalui Taman Asuhan kanak-Kanak (TASKA). Waktu operasi bermula pada 7.30 pagi sehingga 5.30 petang mengikut hari bekerja kecuali cuti am.

 Taska Darul Hannan telah mula beroperasi pada 1hb. Disember 1996 di sebuah bangunan yang terletak di dalam kawasan Institut kemahiran Baitulmal (IKB), Jalan Perkasa, Taman Maluri, Kuala Lumpur. Bermula tahun 2008, kakitangan yang bertugas terdiri daripada seorang penyelia, 3 orang pengasuh untuk menjaga 17 orang kanak-kanak.

Bagi meluaskan perkhidmatannya, mesyuarat MAIWP kali ke 102, Bil 4/2007 pada 22hb November 2007 (Khamis) telah meluluskan penubuhan dan pelaksanaan Taska Darul Hannan ke-2 yang bertempat di Anjung D Dewan Nurseri Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Taska ini telah dibuka pada 1 Julai 2009 dengan jumlah kakitangan seramai 4 orang, yang terdiri daripada seorang penyelia, seorang pendidik dan 2 orang pengasuh. Jumlah kanak-kanak yang menerima pengasuhan, penjagaan dan pendidikan ialah seramai 20 orang.

Pada 25 Februari 2010, Taska Darul Hannan Masjid Wilayah telah dirasmikan oleh Y.B Senator Dato' Dr. Mashitah Bt Ibrahim, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga ke hari ini, warga kerja Taska Darul Hannan terus berusaha meningkatkan mutu dana kualiti menggembleng tenaga dalam memastikan kesempurnaan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.


 

Terbuka kepada orang ramai yang mempunyai pendapatan di bawah RM 3000.00 sebulan. Borang permohonan kemasukan boleh diperolehi di cawangan Taska Darul Hannan

 

 

STATISTIK

Statistik Bilangan Kanak-kanak di Taska Darul Hannan (2008 -2010)


 

 

BIL

 

TAHUN

 

 

BILANGAN KANAK-KANAK

 

TDH IKB

 

TDH MW

 

1

 

Januari – Disember 2008

 

15 Orang

 

-

 

2

 

Januari – Jun 2009

 

15 Orang

 

-

 

3

 

Julai – Disember 2009

 

18 Orang

 

30 Orang

 

4

 

Januari – Disember 2010

 

                 20 Orang

( Sehingga Ogos 2010 Sahaja)

 

 

31 Orang

Cawangan Kampung Pandan
Institut Kemahiran Baitulmal
Lot 1363, Jalan Perkasa,
Taman Maluri Kg. Pandan
55100 Kuala Lumpur
Tel: 03-92876967 (Taska di cawangan ini ditutup untuk sementara bagi proses menaiktaraf )

Cawangan Masjid Wilayah (Anjung D)
Jalan Duta, 50480 Kuala Lumpur
Tel: 03-62013339 Fax: 03-62012229

 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini86
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini206
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini