Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
 
alt

Program TADIKA Islam merupakan program pendidikan prasekolah mula diperkenalkan sejak tahun 1970-an yang telah diambilalih dari Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan sekarang ini dikendalikan oleh Cawangan Tadika Islam Bahagian Pembangunan Insan (MAIWP) berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 dengan penglibatan kanak-kanak yang berumur antara lingkungan 5-6 tahun.

Tadika Islam telah dibuka di bangunan-bangunan masjid, surau,flat-flat DBKL dan dewan orang ramai.Penubuhannya bertujuan membolehkan kanak-kanak menghayati nilai-nilai islam sejak dari kecil bagi membentuk dan melahirkan generasi Ulul Albab .

Terdapat 242 buah kelas Tadika Islam di seluruh Wilayah Persekutuan ( Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dengan kanak-kanak berjumlah seramai 5,883 orang dengan 378 orang tenaga pengajar ( 70Ketua guru, 249 Guru dan 35 Pembantu Guru .

 

  • Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan intelek kanak- kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi
  • Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas membaca Al-Quran, jawi, membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki alam persekolahan
  • Melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik
  • Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak
  • Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu
  • Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian sebagaimana tuntutan Islam.
 

alt

Program Tadika Islam merupakan program pendidikan awal kanak-kanak (program pendidikan pra sekolah) yang dilaksanakan oleh MAIWP kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan. Program ini bersifat komprehensif, mencakupi pendidikan dari aspek rohani, jasmani, emosi dan juga intelek.

Tempoh Pengajaran Dan Pembelajaran

Hari belajar ialah selama 5 hari seminggu, mengikut penggal persekolahan.

Waktu pengajaran dan pembelajaran bagi hari Isnin hingga Khamis ialah selama 3 jam setengah
(8.00 pagi - 11.30 pagi) bagi sesi pagi manakala sesi petang bermula jam (2.15 petang - 5.45 petang)

Jenis Yuran Dan Jumlah Bayaran Yang Dikenakan  

  1. Yuran Pendaftaran Masuk dengan kadar RM20.00 bagi seorang pelajar.
  2. Yuran Bulanan dengan kadar RM 20.00.
  3. Yuran aktiviti RM30.00
  4. Bayaran bagi buku lembaran kerja – Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Pendidikan Islam dan  Bahasa  Arab yang akan ditetapkan oleh MAIWP. Bayaran – bayaran lain yang berkaitan.
    ( Tertakluk kepada ketetapan yang dibuat oleh sesebuah TADIKA Islam masing – masing seperti bayaran insuran, lawatan dan sebagainya.)


Pendekatan Pengajaran Dan Pembelajaran

Pelbagai pendekatan akan digunakan agar proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih bermakna, berkesan serta menggembirakan, dengan berasaskan kepada konsep dan prinsip pendidikan Islam pra sekolah.

Antaranya :

a.    Belajar Melalui Bermain
b.    Pendekatan Bertema
c.    Pendekatan Bersepadu
d.    Teknologi Maklumat dan Komunikasi
e.    Pengelolaan Pengajaran Dan Pembelajaran
f.     Aktiviti Kelas
g.    Aktiviti Kumpulan
h.    Aktiviti Individu

 

Ko-Kurikulum

altaltalt

Diadakan selepas waktu kelas ( selepas jam 11.00 pagi ) dengan pengisian aktiviti-aktiviti seperti berikut :

a.    Berbentuk mingguan

  • 2 hari seminggu selepas waktu kelas.
  • 1 jam bagi setiap sesi iaitu antara jam 11.30 pagi – 12.30 tengahari
  • Aktiviti yang dilaksanakan ialah Kelas Fardhu Ain, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Bahasa Arab, Muzik Islam dan Seni Silat.

b.    Berbentuk Tahunan

  • Hari Sukan / Sukaneka.
  • Hari-hari Kebesaran Islam
  • Festival Kebudayaan & Keseniaan Islam
  • Hari Penyampaian Hadiah & Anugerah Pelajar Cemerlang.
  • Hari Guru

Cawangan Tadika Islam juga telah merancang aktiviti-aktiviti yang melibatkan semua guru-guru cawangan Tadika Islam. Antara yang telah berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut :

  1. Kursus Pedagogi & Profesionalisme Guru-Guru Tadika Islam di Glory Beach Resort Port Dickson.
  2. Sambutan Hari Guru Tadika Islam MAIWP di Kuala Lumpur International Hotel 
  3. Kursus Tahsin Tilawah Al-Quran di Naza Hotel Ayer Keroh Melaka 
  4. Bengkel Penulisan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Siri i&ii Dewan Seminar,Tingkat 1,Bangunan Perkim.

Kursus-kursus yang dilaksanakan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan guru-guru Tadika Islam dan sebagai nilai tambah bagi meningkatkan kemahiran guru-guru menjadi pendidik cemerlang.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Cawangan Tadika Islam
Bahagian Pembangunan Insan
Tingkat 9, Bangunan Perkim, No. 150,
Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur 
Tel : 03 - 4047 9444

 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini17
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini159

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini