Khamis, Februari 23, 2012
   
TEXT_SIZE
SMISTA
 

SMISTA

PENGENALAN

Mesyuarat MAIWP Bil. 110/2009  yang berlangsung pada 27 Julai 2009 pada dasarnya telah bersetuju untuk menubuhkan SM-IMTIAZ di Wilayah Persekutuan. Rasional penubuhanya adalah untuk memenuhi permintaan dan kehendak masyarakat yang telah sekian lama ingin melihat agar wujudnya sebuah sekolah agama integrasi sains & tahfiz  di peringkat Wilayah Persekutuan, terutama di Kuala Lumpur. Konsep pelaksanaan adalah dengan melaksanakan konsep pendidikan yang integrated dan holistic, menggabungkan  pendidikan bersifat moden dan konvensional. Secara jelasnya ia mengandungi 3 komponen utama, iaitu:

(a) Pendidikan kebangsaan (moden) yang berpandukan kepada Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
(b) Pengajian agama (Diniyyah/Azhari)                    
(c) Kedua-dua bidang di atas kemudiannya  dimantapkan pula dengan pengajian Al-Quran termasuk hafazan.

KURIKULUM SEKOLAH
SMISTA akan mengguna pakai kurikulum yang telah disediakan dan diluluskan oleh Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) dengan menggabungkan 3 komponen utama:
 
1.    Kurikukulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
2.    Pengajian Agama (Diniyyah/Azhari)
3.    Pengajian Al-Quran

Para pelajar Tingkatan 4 & 5 akan mengikuti pengajian dalam aliran Sains Tulen. Berdasarkan aliran tersebut, MAIWP berharap akan dapat membuka peluang yang luas kepada para pelajar untuk menyambung pengajian ke tahap yang lebih tinggi samada di dalam atau di luar negara.

Melalui kurikulum Diniyyah (Azhari) pula, dapat melahirkan pelajar yang mempunyai pengetahuan yang luas dalam menguasai ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menggunakan perantaraan Bahasa Arab. Secara keseluruhannya, kurikulum SMISTA mengambil masa pengajaran dan pembelajaran selama 59 waktu.
 
 
 
KO-KURIKULUM

SMISTA merancangkan untuk menyediakan 4 aktiviti ko-kurikulum kepada pelajar-pelajarnya yang terdiri daripada:

   (i) Persatuan Dan Kelab
        - Persatuan Pencinta Alam
        - Persatuan Bahasa
        - Persatuan Saintis Muda
        - Kelab Fotografi & Majalah
        - Kelab ICT
        - Kelab Falak
        - Kelab Keusahawanan
        - Kelab Nasyid dan Kebudayaan
        - Kelab Debat dan Syarahan
        - Rakan SPRM, dan
        - Pembimbing Rakan Sebaya


    (ii) Unit Beruniform
        - Kadet Remaja Sekolah
        - Puteri Islam
        - Kadet Polis
         - Persatuan Bulan Sabit Merah
       
    (iii) Sukan Dan Permainan
        - Bola Sepak
        - Badminton
        - Sepak Takraw
        - Bola Tampar
        - Bola Jaring
        - Ping Pong
        - Catur


    (iv) EKSTRA KO-KURIKULUM
        - Memanah
        - Berenang
        - Seni Mempertahankan Diri
        - Berkuda

 

MODUL JATI DIRI

 

Di samping mengikuti kurikulum dan ko-kurikulum yang ditetapkan, setiap pelajar diwajibkan mengikuti Modul Jati Diri yang diadakan pada peringkat awal pembelajaran di SMISTA (Penggal pertama Tingkatan 1) dengan mengambil masa selama 3 bulan (Januari hingga Mac).

Modul yang sama juga diwajibkan kepada guru-guru dan ia dilaksanakan secara bersiri. Pelaksanaan modul ini adalah sebagai satu proses transisi kepada para pelajar dan juga guru-guru dengan memberi pendedahan dan penekanan dalam membentuk diri menjadi seorang yang cemerlang dan serba boleh melalui pendekatan:
 
     (i)     Pembangunan Syakhsiah
    (ii)     Kognitif (Kurikulum)
    (iii)     Afektif (Kejiwaan)
    (iv)     Psikomotor (Jasmani)

PROSPEK & LALUAN KERJAYA

 

Lulusan SMISTA berpeluang untuk menyambungkan pengajian mereka ke institusi-institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Namun demikian, pelajar-pelajar SMISTA yang mendapat keputusan yang cemerlang adalah diberi keutamaan untuk mendapat tajaan MAIWP bagi menyambung pelajaran samada di dalam atau luar negara.

 


     

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam139
mod_vvisit_counterMinggu Ini510
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini