Selasa, September 07, 2010
   
TEXT_SIZE
Institut Kemahiran Baitulmal
 

Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) ditubuhkan pada tahun 1991 oleh MAIWP bertujuan untuk membantu membasmi kemiskinan di kalangan keluarga Islam di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Malaysia amnya dengan cara memberikan mereka mengikuti latihan kemahiran yang tersusun supaya mereka boleh berdikari setelah tamat mengikuti kursus di IKB. Di awal penubuhannya pada tahun 1991, IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin yang kemudiannya ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal (PLKB). Namun demikian melihat kepada perkembangan kursus dan tahap persijilan yang ditawarkan maka nama tersebut ditukar kepada Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) pada tahun 1995.

Penubuhan IKB adalah berdasarkan kepada objektif-objektif seperti berikut:

  • Menyediakan peluang latihan kemahiran kepada golongan berpendapatan rendah yang beragama Islam di Wilayah Persekutuan.
  • Membimbing pelatih supaya boleh berdikari dan bersedia menceburi bidang perniagaan.
  • Membantu mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor awam dan swasta.
 

Pihak IKB sentiasa berusaha untuk menyediakan kemudahan yang selesa dan terkini kepada para pelatihnya. Antara kemudahan yang disediakan di IKB adalah seperti berikut:

  1. Elaun bulanan sebanyak RM350.00.
  2. Yuran pengajian dan bahan mentah percuma.
  3. Elaun tambang bas pergi dan balik dari rumah ke IKB (mereka yang tinggal di luar).
  4. Kemudahan asrama lengkap dengan kemudahan asas yang diperlukan.
  5. Bengkel kemahiran dan bilik kuliah yang selesa.
  6. Perpustakaan dan makmal komputer.
  7. Kemudahan riadah dan rekreasi.
  8. Dua pasang pakaian seragam disediakan.

MASA LATIHAN DAN SESI PENGAJIAN

Pelatih-pelatih akan mengikuti kelas amali dan teori sepenuh masa dari hari Isnin hingga Jumaat bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sesi pengajian dibahagikan kepada dua semester iaitu Semester Pertama dari Januari hingga Jun manakala Semester Kedua dari Julai hingga Disember. Pelatih IKB diwajibkan mengikuti kursus selama dua tahun (4 semester) dan wajib mengikuti latihan praktikal selama tiga hingga enam bulan mengikut keperluan kursus masing-masing.

KURSUS YANG DITAWARKAN

Kursus yang ditawarkan di Instiut Kemahiran Baitulmal (IKB) adalah seperti berikut:

       


REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN WANITA

REKAAN FESYEN DAN PEMBUATAN PAKAIAN LELAKI

KEJURUTERAAN ELEKTRIK
     

 

                                                        

                              

 

 

 

 

KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUAT PAKAIAN WANITA (RFP W)

Pengenalan

Kursus Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian Wanita mula diwujudkan di IKB sejak tahun 1991. Namun begitu, sukatan pembelajaran sentiasa diperkemaskan untuk memberi panduan yang terbaik bagi mencapai objektif pengajaran pembelajaran secara berkesan. la merangkumi satu bidang ilmu yang memerlukan pengetahuan, kemahiran dan daya usaha yang gigih seiring dengan perubahan teknologi alaf baru masa kini. Pengajar terdiri daripada golongan profesional dan sokongan serta berpengalaman luas dalam bidang jahitan.

Objektif Kursus

  • Memberi latihan intensif dalam bidang pembuatan pakaian wanita.
  • Melahirkan pelatih yang berkeyakinan dan berkebolehan dalam industri pembuatan pakaian.
  • Menyediakan keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor-sektor awam dan swasta.
  • Membimbing pelatih untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan.
  • Memecahkan monopoli bangsa asing di dalam seKtor perkilangan, industri fesyen dan sekolah/ akademi fesyen.
  • Meningkatkan taraf hidup dan menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan yang tinggi.

 

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian adalah selama 2 tahun dan digubal mengikut sistem 4 semester. Kandungan latihan adalah berpandukan sukatan pembelajaran daripada Jabatan Pembangunan kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Sukatan pembelajaran yang disediakan adalah Pembuat Pakaian Wanita :
Tahap 1 (K-011-1) -- Semester 1 & 2
Tahap 2 (K-011-2) - Semester 3 & 4 Latihan Industri - Selama 3 bulan

 

Silibus Kursus

Silibus tersebut juga telah disesuaikan dengan elemen pembelajaran IKB sendiri bagi melahirkan pelatih yang berkualiti serta berketrampilan dalam bidang yang diceburi.

1. Teori Pembuatan Pakaian - Tahap 1 & 2

2. Rekaan Fesyen -- Tahap 1 & 2

3. Pembuatan Pola Pakaian -Tahap 1 & 2

4. Pembuatan Pakaian - Tahap 1 & 2

5. Seni Sulaman - Tahap 1 & 2

Kandungan Pembelajaran Kerja Kursus adalah secara teori dan amali:

Tahap 1

1. Jahitan Asas

2. Rekaan Fesyen

3. Skirt

4. Blaus

5. Sepasang Kurung Moden

6. Sepasang Kurung Tradisional

7. Seluar Slek

8. Gaun Kanak-kanak

9. Baikpulih Pakaian

10. Seni Sulaman

Tahap 2

1. Rekaan Fesyen

2. Gred Pola

3. Jubah

4. Jumpsuit

5. Samfoo

6. Cheongsam

7. Sepasang Kebaya

8. Sepasang Kurung Kedah

9. Gaun Malam

10. Vest

11. Jaket

12. Culotte

 

Penganugerahan Sijil

Penganugerahan Sijil yang diberikan adalah:

1. Sijil IKB dan Transkrip Peperiksaan

2. Sijil SKM Pembuat Pakaian Wanita -Tahap 1

3. Sijil SKM Pembuat Pakaian Wanita -Tahap 2

Peluang Kerjaya

Membuka perniagaan sendiri dalam bidang pembuatan pakaian

Bekerja di butik-butik pakaian

Bekerja di sektor perkilangan pembuatan pakaian

Menjadi perintis pada tenaga pengajar di institut/sekolah/akademi fesyen

 

 

 

KURSUS REKAAN FESYEN DAN PEMBUAT PAKAIAN LELAKI (RFP L)

Pengenalan

Pembuat Pakaian Lelaki merupakan satu bidang latihan yang disediakan dalam Kursus Rekaan Fesyen dan Pembuat Pakaian (RFP). Kandungan latihan adalah berpandukan sukatan latihan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia. Sukatan latihan yang disediakan adalah Pembuat Pakaian Lelaki Tahap 1 (K-021-1) dan Pembuat Pakaian Lelaki Tahap 2 (K¬021-2) serta disesuaikan dengan Elemen Pembelajaran IKB sendiri bagi melahirkan pelatih yang berkualiti serta mahir dalam bidang tersebut.

 

Objektif Kursus

  • Memberi latihan intensif dalam bidang pembuatan pakaian lelaki.
  • Melahirkan pelatih yang berkeyakinan dan berkebolehan dalam industri pembuatan pakaian
  • Menyediakan keperluan tenaga mahir dan separuh mahir di sektor¬sektor awam dan swasta.
  • Membimbing pelatih untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan
  • Meningkatkan taraf hidup diri sendiri dan keluarga

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian : 2 tahun (4 semester).:
Tahap 1 (K-021-1) -- Semester 1 & 2
Tahap 2 (K-021-2) - Semester 3 & 4 Latihan Industri - Selama 3 bulan

Silibus Kursus

Sukatan latihan yang perlu dilengkapkan adalah:

Matapelajaran Kursus:

1. Rekaan Fesyen - tahap 1 & 2

2. Teori Pembuatan Pakaian - tahap 1 & 2

3. Pembuatan Pola Pakaian - tahap 1 & 2

4. Pembuatan Pakaian - tahap 1 &2

5. Seni Sulaman - tahap 2 sahaja

Kerja Kursus Pembuat Pakaian Lelaki:

Tahap 1

1. Kemeja

2. Baju Melayu Tradisional

3. Baju Melayu Moden

4. Seluar Pendek

5. Seluar Panjang (slek)

6. Baju Kanak-kanak (sepasang)

Tahap 2

1. Jubah

2. Overall

3. Vest

4. Bush Jacket

 

Penganugerahan Sijil

Penganugerahan Sijil yang diberikan adalah:

1. Sijil IKB dan Transkrip Peperiksaan

2. Sijil SKM Pembuat Pakaian Lelaki -Tahap 1

3. Sijil SKM Pembuat Pakaian Lelaki -Tahap 2

 

Peluang Kerjaya

Membuka perniagaan sendiri dalam pembuatan pakaian

Bekerja di butik-butik

Bekerja di kilang-kilang pakaian

Menjadi tenaga pengajar di sekolah atau akademi jahitan

 

 

 

KURSUS SENI LUKIS DAN SENI REKA (SSR)

Pengenalan

Kursus Seni Lukis dan Seni Reka (SSR) merupakan kursus yang awal diwujudkan di Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dalam tahun 1991. la pada mulanya dikenali dengan nama Kursus Seni Lukis Kreatif dan Kemasan Spray. Waktu itu IKB dikenali sebagai Pusat Latihan Fakir Miskin kemudian ditukar kepada Pusat Latihan Kemahiran Baitulmal. Kursus SSR ditumpukan kepada bidang seni lukis tampak dan grafik multimedia. Pada awalnya ia hanya bertumpu kepada seni kraf semata-mata. Dengan penggubalan silibus yang baru yang bersifat artistik dan berkomputer, hasil kerja para pelatih akhirnya berjaya mencapai objektif apabila hasil kerja pelatihnya dipamer clan dipertandingkan di peringkat kebangsaan. Hasil didikan dari IKB juga telah diperakui dapat menjana modal insan khususnya kepada perkembangan industri seni negara.

 

Objektif Kursus

  • Melahirkan pelatih yang berfikiran kritis clan kreatif dalam seni lukis, senireka dan multimedia.
  • Memberikan peluang kepada mereka membuka perniagaan sendiri, menjadi artis, bekerja di syarikat grafik, galeri atau pun melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.

 

Tempoh Kursus

Tempoh kursus ialah 2 tahun (4 semester) Pelatih akan mengikuti pembelajaran di IKB selama 3 semester atau 1 tahun 6 bulan clan akan menjalani latihan industri selama 3 bulan di tempat-tempat seluruh negara. Silibus pembelajaran yang akan diikuti di IKB mengikut semester ialah seperti berikut:

Semester 1

Asas Senilukis clan Senireka (Elemen clan Prinsip Seni)
Sejarah Seni Malaysia
Sejarah Seni Dunia

Semester 2

Grafik 2D, 3D dan Animasi
Komunikasi Grafik
Rekabentuk Grafik

Semester 3

Airbrush, Batik, Mural, Seni Khat, Cetakan Lino, Sutera Saring, 3D Model
Cat Air , Cat Minyak, Potret , Seni Arca

Semester 4

Latihan Praktikal

 

Silibus Kursus

Sukatan pelajaran SSR diselaraskan daripada sukatan peringkat asas (Foundation) Senilukis dan Senireka daripada Universiti Teknologi Mara dan Maktab Perguruan. Pengiktirafan kini sedang dijalankan ke arah usahasama pendidikan (Memorandum Of Understanding (M.O.U.)) dengan Universiti Teknologi Mara.

 

Penganugerahan Sijil

Penganugerahan Sijil yang diberikan adalah:
1. Sijil IKB dan Transkrip Peperiksaan

Berdasarkan kajiselidik yang dijalankan, purata pendapatan yang diperolehi bagi peringkat sijil adalah di antara RM 800 hingga RM 2,500 sebulan.

 

Peluang Kerjaya

Lulusan IKB akan berpeluang bekerja dalam bidang-bidang berikut:
SenirekaGrafik ,Animasi, Multimedia, Senihalus, Pengiklanan, Percetakan,
Penyiaran, Pembantu Kurator galeri dan muzium, Guru Senilukis
Senireka hiasan dalaman dan luaran, Pelukis Batik dan Sebagai usahawan

 

 

 

KURSUS KEJURUTERAAN ELEKTRIK

Pengenalan

Kursus Kejuruteraan Elektrik diperkenalkan pada tahun 1995. Tawaran kursus hanya satu tahun dengan dianugerahkan Sijil Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) dan Sijil Kemahiran Malaysia Peringkat Asas (SKM Asas). Bagi memenuhi permintaan pasaran kerja sedia ada, maka kursus ini dinaiktaraf kepada dua tahun pengajian dengan memperolehi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) peringkat Asas clan Pertengahan pada tahun 1996. Pada tahun 1997 hingga sekarang Sijil Kemahiran Malaysia ditukarnama kepada SKM Tahap 1 clan Tahap 2. Bagi memenuhi permintaan global, pihak IKB menjalankan pentauliahan kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan (PW 4) daripada Suruhanjaya Tenaga kepada para pelatih yang mencapai standard kemahiran yang dikehendaki.

 

Objektif Kursus

Kursus Kejuruteraan Elektrik diwujudkan dengan objektifnya adalah untuk melengkapi dan menyediakan kepada para pelatih dengan satu asas latihan yang meluas dari segi kemahiran dan teknik-teknik di dalam kerja-kerja pepasangan elektrik kepada satu piawaian yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) clan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) selaras dengan kehendak¬kehendak clan keperluan tenaga mahir bagi memenuhi pasaran kerja di sektor awam dan swasta.

Tempoh Kursus

Bagi mencapai standard pembelajaran yang dikehendaki, tempoh masa dua tahun (4 semester) telah diperuntukkan. Tiap satu tahun dibahagikan kepada 2 semester dimana tahun pertama para pelatih diwajibkan melengkapkan pembelajaran SKM Tahap 1. Manakala tahun kedua pengajian iaitu semester 3 disyaratkan menjalani latihan industri (On Job Training) di syarikat kontraktor elektrik yang bertauliah dengan Suruhanjaya Tenaga. Semester 4 para pelatih dikehendaki melengkapkan pembelajaran untuk SKM Tahap 2.

Kurikulum Kursus

Kurikulum Kursus Kejuruteraan Elektrik memberi keutamaan kepada pembelajaran berorientasikan praktikal dan penekanan yang mudah dari aspek pembelajaran teori. Sukatan pelajaran kursus Kejuruteraan Elektrik diadaptasikan daripada program NOSS Jabatan Pembangunan Kemahiran dan Suruhanjaya Tenaga. Matapelajaran adalah merangkumi seperti berikut:

Pelajaran Teori :

  • Teknologi Elektrik
  • Teori Pepasangan Elektrik
  • Akta Suruhanjaya Tenaga
  • Mesin Elektrik

Pelajaran Amali :

  • Pepasangan Pendawaian Permukaan
  • Pepasangan Pendawaian Industri
  • Pepasangan Pendawaian Terbenam/Tersembunyi
  • Pendawaian Rumah Contoh
  • Pendawaian Kawalan Motor

 

Penganugerahan Sijil

Pelatih yang mencapai standard kemahiran yang dikehendaki, akan dianugerahkan sijil berikut :

Sijil Institut Kemahiran Baitulmal (Kejuruteraan Elektrik)

Pensijilan Kemahiran Malaysia Tahap 1 (Juruteknik Elektrik Rendah)

Pensijilan Kemahiran Malaysia Tahap 2 (Juruteknik Elektrik)

Sijil Kekompetenan Pendawai Tiga Fasa & Endorsan (PW 4)

 

Peluang Kerjaya

Setelah pelatih menamatkan kursus dengan jayanya, mereka berpeluang menceburkan diri dalam kerjaya berikut:

Juruteknik Elektrik di sektor awam dan swasta.

Pendawai di syarikat kontraktor elektrik.

Membuka syarikat kontraktor elektrik Kelas C.

 

 

 

 

KURSUS PERKHIDMATAN DAN PENYAJIAN MAKANAN

Pengenalan

Kursus Perkhidmatan dan Penyajian Makanan pada mulanya dikenali sebagai Kursus masakan dan Katering dan ianya telah dibangunkan di Institut Kemahiran Baitulmal pada tahun 1995 . Namun begitu sukatan pembelajaran sentiasa diperkemaskan untuk memberi panduan yang terbaik bagi mencapai objektif pengjaran pembelajaran secara berkesan. la merangkumi satu bidang ilmu yang memerlukan pengetahuan , kemahiran dan daya usaha yang gigih seiring dengan perubahan teknologi alaf baru dewasa ini. Pengajar terdiri daripada golongan sokongan serta berpengalaman luas dalam bidang perkhidmatan dan penyajian makanan.

Objektif Kursus

  • Memberi latihan secara teori dan amali dalam bidang perkhidmatan dan penyajian makanan.
  • Melahirkan pelatih yang berkeyakinan dan berkebolehan dalam industri perkhidmatan dan penyajian makanan.
  • Menyediakan keperluan tenaga kerja mahir dan separa mahir di sektor-sektor awam dan swasta.
  • Membimbing pelatih untuk berdikari dengan menceburi bidang perniagaan yang berkaitan.
  • Memecahkan monopoli bangsa asing di dalam perkhidmatan dan penyajian makanan terutama di bahagian perhotelan.
  • Meningkatkan taraf hidup dan menjadikan ia sebagai satu sumber pendapatan yang tinggi.

 

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian ialah 2 tahun dan digubal mengikut slstem 4 semester. Kandungan latihan adalah berpandukan sukatan pembelajaran daripada Jabatan Pembangunan kemahiran ( JPK ) , Kementerian Sumber Manusia.
Tahap 1 ( L-040-1) - Semester 1 & 2
Tahap 2 ( L-040-2) - Semester 3 & 4
Latihan Industri - 4 bulan.
Silibus tersebut juga telah disesuaikan dengan elemen pembelajaran IKB sendiri bagi melahirkan pelatih yang berkualiti serta berketrampilan dalam bidang yang diceburi.

Kandungan Pembelajaran Kursus

Kandungan Pembelajaran Kursus adalah secara teori dan amali :
Tahap 1 - 51 Modul
Tahap 2 - 38 Modul

Akan mempelajari disiplin masakan Barat, masakan Timur, masakan Tradisional, Pembuatan Roti dan pelbagai lagi berdsarkan peredaran masa.

Bagi mendapatkan sijil penuh, pelatih dinilai melalui system hasil kerja, ujian , sikap dan dispilin sepanjang tempoh pembelajaran. Penilaian juga dbuat berdasarkan keputusan peperiksaan pada setiap akhir semester.
1. Sijil IKB dan Transkrip Peperiksaan
2. Sijil SKM Pembantu PenyediaMakanan -Tahap 1
3. Sijil SKM Penyedia Makanan -Tahap 2

 

Peluang Kerjaya

- Membuka perniagaan sendiri
- Bekerja dalam bidang perhotelan (kitchen department)
- Tukang masak di hospital-hospital swasta.
- Tukang masak di institusi kerajaan seperti INTAN.
- Menjadi tenaga pengajar

 

 

 

TEKNOLOGI BINAAN BANGUNAN

Pengenalan

Kursus ini bermula dengan pengambilan pelatih pertama pada Januari 2006 dan dikendalikan oleh tiga orang tenaga pengajar. Kursus ini dijalankan selama dua tahun iaitu tiga semester di lKB clan satu semester menjalani latihan industri di syarikat-syarikat pembinaan terpilih. Kurikulum kursus ini adalah berdasarkan sukatan pelajaran daripada Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan juga silibus dari IKB.

Objektif Kursus

Untuk memberi pengetahuan dan latihan kemahiran kepada pelatih.

Untuk menghasilkan seorang jurubina yang mahir dari aspek teknik praktikal dan merancang kerja.

 

Silibus Kursus

Tahun 1
Semester 1 - Kerja Bata ('Bricklaying' BR1)
                   Melepa ('Plastering' PI-1)
Semester 2 - Penjubinan ('Tiling' TL1)
                   Kerja Ukur ('Surveying')
                   AutoCAD

Tahun 2
Semester 3 - Latihan Industri
Semester 4 - Kerja Acuan (Formwork CR1)
                   Prosedur Kontrak
                   Projek Tahun Akhir

 

Penganugerahan Sijil

Penganugerahan Sijil yang diberikan adalah:

1. Sijil IKB dan Transkrip Peperiksaan
2. Sijil Kecekapan Kemahiran dari CIDB

Peluang Kerjaya

• Jurubina Bangunan
• Penyelia Tapak
• Kontraktor Binaan
• Jurulatih/Juruteknik

 

 

PERMOHONAN DAN SYARAT KEMASUKAN

Permohonan masuk ke IKB biasanya akan diiklankan di dalam akhbar tempatan, di masjid-masjid dan surau-surau di Wilayah Persekutuan pada bulan Ogos setiap tahun. Borang permohonan kemasukan boleh diperolehi dari pihak Institut sendiri atau memuat turun dari laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( www.maiwp.gov.my ) atau Institut Kemahiran Baitulmal (www.ikb.edu.my) Semua permohonan akan ditapis, senarai pendek akan dibuat menerusi temuduga. Biasanya temuduga akan diadakan mengikut zon iaitu zon tengah, zon selatan, zon pantai timur dan zon utara. Pelatih yang diterima mestilah memenuhi syarat-syarat berikut:

  1. Beragama Islam tanpa mengira bangsa.
  2. Pendapatan ketua keluarga adalah mengikut had kifayah yang ditetapkan oleh MAIWP
    (asnaf fakir dan miskin).
  3. Boleh membaca dan menulis dan sekurang-kurangnya tamat darjah 6.
  4. Terbuka kepada lelaki dan wanita yang sihat dari segi fizikal dan mental.
  5. Tidak pernah mengikuti mana-mana kursus kemahiran di institut kemahiran yang lain.
alt
 

INSTITUT KEMAHIRAN BAITULMAL
Lot 1363, Jalan Perkasa, Taman Maluri
55100 Kuala Lumpur
Telefon : 03-92830385
Faksimili : 03-92811387
Email : Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

 

 


 

 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini133
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini273

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini