Selasa, September 07, 2010
   
TEXT_SIZE
Soalan Lazim Baitulmal
/
/
Soalan lazim ini dikhususkan untuk pertanyaan umum mengenai hal ehwal bantuan zakat Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
 
  1. Apakah bantuan zakat yang boleh saya dapat daripada Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan?

    Saudara boleh lihat senarai penuh skim bantuan zakat Baitulmal beserta syarat-syarat yang diperlukan untuk mendapatkan bantuan yang sesuai.

  2. Adakah ibu tunggal layak menerima zakat ?

    Bantuan zakat akan diagihkan kepada semua asnaf fakir, miskin, muallaf dan sebagainya tidak kira status ibu tunggal atau sebaliknya asalkan ia menepati perkiraan Haddul Kifayah serta syarat yang telah ditetapkan bagi setiap skim bantuan.

  3. Di manakah saya boleh mendapatkan borang bantuan zakat Baitulmal ?

    Saudara boleh mengunjungi kaunter Baitulmal MAIWP yang dibuka pada hari bekerja dari jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang untuk mendapatkan borang bantuan serta sesi penerangan oleh petugas kaunter.


  4. Saya sudah menghantar borang bantuan zakat Baitulmal MAIWP dan berapa lamakah ianya diproses sehingga bantuan diperolehi ?

    Sesetengah skim bantuan boleh disalurkan segera mengikut tahap keperluan sama ada bantuan kecemasan atau musibah manakala bagi bantuan lain akan memerlukan masa untuk diproses mengikut giliran permohonan. Walau apapun saudara boleh hubungi pihak Baitulmal di talian hotline 03-2617 5222 untuk menyemak status permohonan bantuan yang telah dipohon.

  5. Saya telah menerima Bantuan Kewangan Bulanan daripada Baitulmal MAIWP, adakah saya boleh memohon skim bantuan yang lain seperti Bantuan Am Pelajaran ?

    Saudara boleh memohon pelbagai skim bantuan lain yang telah disediakan oleh pihak Baitulmal MAIWP walaupun sudah mendapat Bantuan Kewangan Bulanan. Manakala kelulusan bantuan akan diberikan mengikut prosedur dan syarat sepertimana yang telah ditetapkan.
/
/
/
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini134
mod_vvisit_counterSemalam140
mod_vvisit_counterMinggu Ini274

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini