Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
Had al-Kifayah
 
.
  MAKSUD HAD KIFAYAH

Had Kifayah merupakan suatu penentu ukur kecukupan bagi seseorang individu atau bagi sesebuah keluarga. Dalam konteks kajian ini, had al-kifayah merujuk kepada suatu garisan, had atau kadar keperluan asas minimum yang ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berdasarkan kos sara hidup masa kini. Had ini juga digunakan bagi mengetahui berapakah kadar yang perlu dibantu untuk menepati kecukupan perbelanjaan asasi.

Penilaian yang dibuat dalam menentukan had kifayah ini merangkumi enam aspek iaitu perlindungan, makanan, pakaian, perubatan, pendidikan dan pengangkutan. Penilaian ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas yang digunapakai oleh ulama islam di dalam menentukan keperluan asasi manusia

Melalui haddul kifayah juga akan memudahkan proses permohonan bantuan serta dapat menentukan pemohon kepada kategori fakir (termiskin) atau kategori miskin.
 
.
  TAKRIF KEPERLUAN ASASI
  1. Perlindungan
    Perbelanjaan menyediakan perlindungan untuk seisi rumah termasuk sewa rumah, bil air, bil elektrik, bil telefon dan lain-lain yang berkaitan.

  2. Makanan
    Segala bahan makanan dan minuman yang dimakan oleh ahli rumah termasuk di luar rumah.

  3. Pakaian
    Segala bentuk pakaian yang digunakan oleh ahli rumah seperti pakaian sekolah, kerja dan lain-lain yang berkaitan.

  4. Perubatan
    Merujuk kepada segala bentuk perubatan yang diambil oleh ahli rumah seperti hospital awam, hospital/klinik swasta, farmasi dan lain-lain yang berkaitan.

  5. Pendidikan
    Segala kos yang berkaitan pendidikan ahli rumah seperti yuran pengajian, buku dan lain-lain berkaitan.

  6. Pengangkutan
    Segala kos berbayar ahli rumah seperti kos petrol, tambang dan lain-lain berkaitan.

.

 
     
  CONTOH PERKIRAAN HAD KIFAYAH :  
 

“ Satu keluarga terdiri dari sepasang suami (bekerja) serta isteri (tidak bekerja) dan tiga orang anak yang berumur 15, 13 dan 6 tahun. Pendapatan isirumah ialah RM600.00. ”

Maka kiraan Had al-Kifayah ialah RM 1,430.00 (610 + 170 + 264 + 204 + 182)

 
  .  
 

 
.
.
.
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini19
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini161

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini