Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
Definisi Asnaf Zakat
 
.

  Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 30 :

"Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dibujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana".
 
     
  Skop agihan zakat Baitulmal MAIWP adalah berdasarkan yang telah ditetapkan oleh syara'. Ia mempunyai 8 asnaf zakat iaitu:  
 
   
1. Fakir 5. Riqab
2. Miskin 6. Gharimin
3. Amil 7. Fisabillilah
4. Muallaf 8. Ibnu Sabil
 
     
  ASNAF FAKIR

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50% daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50% daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungannya.


ASNAF MISKIN

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung keperluan orang-orang tanggungannya.


ASNAF AMIL

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk urusan pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.


ASNAF MUALLAF

Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya). Ianya dibahagikan kepada dua iaitu:
 
Beragama Islam
  • baru memeluk agama Islam
  • ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya
  • ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang-orang yang di bawah pimpinannya
  • orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam

Bukan Beragama Islam

  • boleh dipujuk supaya masuk Islam
  • boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam

ASNAF AR-RIQAB

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.


ASNAF AL-GHARIMIN

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.


ASNAF FISABILILLAH


Mana-mana orang atau pihak yang melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti untuk menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

 
     



 
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini20
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini162

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini