PERUTUSAN
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..
Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T., selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) merupakan agensi agama di Wilayah-wilayah Persekutuan yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha membangun dan memajukan umat Islam. Perkhidmatan utama MAIWP ialah menyalurkan agihan zakat, pembangunan pendidikan, perlindungan dan kebajikan dan pembangunan hartanah yang memberikan manfaat kepada umat Islam.
Sebagai sebuah agensi agama, MAIWP berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal Islam di negara dan menjadi model kepada majlis agama Islam negeri lain.
MAIWP sentiasa berusaha memastikan setiap aktiviti yang dilaksanakan memberi kesan yang maksimum kepada golongan sasar. Ianya selaras dengan slogan MAIWP “Memacu Kegemilangan Ummah” yang menggambarkan usaha proaktif MAIWP dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan sosio ekonomi ummah.
Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web MAIWP. Saya sentiasa mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan yang membina bagi tujuan penambahbaikan laman web ini.
“MEMACU KEGEMILANGAN UMMAH”
DR. MUHAMMAD YAMIN ISMAIL
Ketua Pegawai Eksekutif
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox
Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini