SEKOLAH MENENGAH AGAMA MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN - SMA MAIWP
SMA MAIWP mempunyai Objektif yang tersendiri bagi menubuhkan sekolah ini.Antara objektif penubuhannya ialah :
Memberi peluang kepada pelajar lulusan Ujian Penilaian Sekolah
Rendah Agama (UPSRA) menyambung pelajaran di peringkat Menengah
Menampung permintaan masyarakat Islam yang berminat untuk menghantar
anak-anak yang memperolehi keputusan cemerlang dalam UPSR dan UPSRA ke
sekolah aliran agama
Menampung tempat permintaan yang tidak dapat dipenuhi oleh Kerajaan
Malaysia
Menjadikan sekolah SMA-MAIWP sebagai sebuah Institusi Pendidikan yang unggul dan cemerlang beraspirasikan Islam Hadhari dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan dan sahsiah selaras dengan dasar Pendidikan
Negara.
SMA MAIWP berusaha memberi pendidikan cemerlang, terbaik dan berkesan dengan :-
Memberi pendidikan agama kepada semua pelajar islam di Wilayah Persekutuan
Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran berasaskan Sistem Pendidikan Negara
Menyedia pasarana belajar yang kondusif, ceria, indah dan selamat
Melahirkan pelajar yang berilmu, bertaqwa, berketerampilan dan berakhlak cemerlang bagi menjana reformasi pendidikan yang berkesan dan mapan ke arah melahirkan ahli agama, ahli sains, teknokrat dan professional yang dapat memenuhi aspirasi agama, bangsa dan Negara
Maklumat Lanjut Sila Hubungi : Sekolah Menengah Agama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan D/A Majlis Saidina Othman Ibn Affan 56000 Bandar Tun Razak, Cheras Kuala Lumpur Tel : 03 9171 2661 Fax : 03 9171 3661Email :
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox
Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini