Khamis, Februari 23, 2012
   
TEXT_SIZE
 

Program TADIKA Islam merupakan program pendidikan prasekolah mula diperkenalkan sejak tahun 1970-an yang telah diambilalih dari Bahagian Pelajaran, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan sekarang ini dikendalikan oleh Cawangan Tadika Islam Bahagian Pembangunan Insan (MAIWP) berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009 dengan penglibatan kanak-kanak yang berumur antara lingkungan 5-6 tahun.

Tadika Islam telah beropersi di masjid-masjid, surau,flat-flat DBKL dan dewan orang ramai.Penubuhannya bertujuan membolehkan kanak-kanak yang sedang mengikuti pembelajaran di sini menghayati nilai-nilai islam sejak dari kecil bagi membentuk dan melahirkan generasi Ulul Albab .

Terdapat 253 buah kelas Tadika Islam di seluruh Wilayah Persekutuan ( Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dengan kanak-kanak berjumlah seramai 5,283 orang dengan 352 orang tenaga pengajar ( 66 Ketua guru, 245 Guru dan 37 Pembantu Guru .

Masa pengajaran dan pembelajaran adalah selama 3 jam sehari disamping aktiviti kokurikulum yang dijalankan di luar waktu kelas dan dilaksanakan mengikut kesesuaian dengan persetujuan ibu bapa/penjaga.



 

  • Menggalakkan perkembangan sosial, emosi, rohani, fizikal, dan intelek kanak- kanak melalui pelbagai pendedahan dan interaksi
  • Menyedia dan mengembangkan kemahiran asas membaca Al-Quran, jawi, membaca, menulis dan mengira sebelum memasuki alam persekolahan
  • Melengkapkan sifat peribadi (sahsiah), perwatakan dan pembentukan peribadi dan jatidiri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik
  • Meluaskan pengalaman, peluang belajar dan mengembangkan potensi individu kanak-kanak melalui pengajaran dan pembelajaran yang terancang sesuai dengan peringkat umur, kemampuan, kebolehan dan minat kanak-kanak
  • Memupuk dan mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian, kreatif dan mengembangkan sifat ingin tahu
  • Menggalakkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta amalan kesihatan, kebersihan dan keselamatan melalui makanan tambahan yang seimbang, aktiviti fizikal dan rutin harian sebagaimana tuntutan Islam.


  • Merancang, mengurus dan melaksana program pra sekolah agar selaras dengan Kurikulum Bersepadu Pra Sekolah Kebangsaan dengan menekankan kepada Pengajian Al-Quran dan Pendidikan Islam dalam melahirkan generasi Ulul Al-Bab
  • Mengawasi dan menyelia perjalanan kelas Tadika Islam termasuk kemudahan peralatan dan premisnya
  • Mengurus dan menyelaras bahan pengajaran dan pembelajaran, alat bantu mengajar dan buku teks serta buku latihan Tadika Islam
  • Mengurus, menyelia dan memantau laporan-laporan dan data-data berkaitan Tadika Islam

 
 
* Klik pada imej untuk paparan lebih jelas.  
xxx
 
 
 
 
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam139
mod_vvisit_counterMinggu Ini510
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini