Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
 
 

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan ditubuhkan pada 16 April 1984 serentak dengan pengisytiharan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan. MAIWP Labuan beroperasi di Tingkat 12C dan 13A, Bangunan Ujana Kewangan.

 
  1. Mengagihkan bantuan zakat kepada 8 golongan asnaf berlandaskan hukum syarak
  2. Memperbanyakkan aktiviti-akitiviti kebajikan kepada masyarakat Islam di Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Mengurus dan merancang tanah-tanah aset dan wakaf untuk pembangunan umat Islam di Labuan
  4. Mengawal selia dan tadbir urus pembangunan Tadika Islam di Labuan.

MAIWP Cawangan Labuan terdiri daripada 2 bahagian utama iaitu:

1. Bahagian Khidmat Pengurusan (4 unit)

     a) Unit Pentadbiran

  • Mengurus, merancang serta menyelia semua urusan melibatkan pentadbiran am termasuk pentadbiran perkhidmatan, kenderaan, bekalan, penguruasan fail dan surat-menyurat
  • Mengurus dan menyediakan sasaran kerja tahunan bagi MAIWP Labuan
  • Mengurus segala urusan penyediaan buletin dan laporan tahunan MAIWP Labuan
  • Mengurusetiakan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih dan Mesyuarat Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus MAIWP Labuan
  • Mengurus hal ehwal berhubung perlantikan, kenaikan pangkat, penamatan perkhidmatan serta tatatertib kakitangan
  • Mengurus, merancang serta melaksanakan program latihan dan pembangunan sumber manusia di MAIWP Labuan
  • Mengurus dan mengendalikan semua urusan pengurusan harta modal dan inventori serta pengurusan stor MAIWP Labuan.
      b) Unit Kewangan
  • Mengurus dan menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan memantau prestasi perbelanjaan MAIWP Labuan
  • Mengurus semua jenis penerimaan hasil dan pembayaran perbelanjaan MAIWP Labuan
  • Mengurus, menyedia, dan mengendalikan semua bentuk penyata perakaunan  bulanan dan tahunan MAIWP Labuan
  • Mengurus aktiviti pelaburan MAIWP Labuan
  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun MAIWP Labuan.
       c) Unit Pembangunan
  • Menjalankan siasatan teknikal dan laporan permohonan (Baitulmal) skim bantuan membina dan membaiki rumah
  • Menguruskan pembelian dan merancang aktiviti pembangunan  hartanah aset
  • Menguruskan sewaan pejabat dan bangunan kediaman
  • Menyelaras dan melaksanakan  perjalanan projek-projek pembangunan MAIWP.
       d) Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi
  • Menyelenggara operasi sistem MAIWP
  • Penyediaan prosedur penggunaan ICT
  • Menguruskan pembelian, merekod peralatan ICT dan menyelenggara peralatan ICT secara berkala
  • Menguruskan latihan berkaitan operasi sistem MAIWP dan kepenggunaan komputer.


2. Bahagian Baitulmal (5 unit)
       

       a) Unit Khidmat Kaunter

  • Memastikan sistem dan penjadualan khidmat pelanggan yang berkualiti dan mesra
  • Menerima, menyemak dan menentukan tarikh temuduga bagi semua jenis permohonan Skim Bantuan Zakat
  • Menyelia fail-fail permohonan bantuan
  • Menguruskan skim bantuan kecemasan / segera.
        b) Unit Siasatan Dan Pemantauan
  • Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan lengkap bagi setiap permohonan skim bantuan
  • Menjalankan aktiviti pemantauan secara berkala ke atas penerima bantuan
  • Menguruskan Skim Bantuan Musibah dalam masa 48 jam.
        c) Unit Pembangunan Asnaf
  • Memperakukan permohonan bagi 13 Skim Bantuan Zakat yang berkaitan bantuan kepada individu yang layak, NGO-NGO dan badan kebajikan
  • Memaklumkan keputusan permohonan
  • Menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal
  • Menguruskan perolehan bagi skim bantuan yang berkaitan.
        d) Unit Pembangunan Akademik Dan Wakaf
  • Memperakukan permohonan bagi 8 Skim Bantuan Zakat yang melibatkan bantuan berbentuk akademik
  • Memaklumkan keputusan permohonan
  • Menyediakan kertas cadangan untuk dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Baitulmal
  • Menguruskan perolehan bagi skim bantuan yang berkaitan
  • Menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan tanah wakaf
  • Menguruskan perlantikan amil dan kutipan zakat fitrah
  • Menguruskan perjalanan operasi dan aktiviti empat buah tadika.
       e) Unit Keurusetiaan Dan Operasi
  • Merancang dan menguruskan program dan aktiviti yang berkaitan dengan Baitulmal
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Pengurusan Baitulmal Labuan
  • Menyediakan risalah Skim Bantuan Baitulmal, MAIWP Labuan
  • Menguruskan permohonan kemasukan pelajar Labuan ke institusi di bawah MAIWP
  • Mengemaskini maklumat dan menceriakan sudut informasi papan kenyataan.
 
 
alt
alt

alt

*Nota: Statistik perbelanjaan bantuan agihan zakat mengikut asnaf Labuan bagi Tahun berakhir 2008, 2009 dan sehingga 31 Mei 2010.

alt

*Nota: Senarai Tanah (Aset) MAIWP Labuan sehingga Mei 2010.

Berikut adalah Senarai Tanah Wakaf MAIWP Labuan sehingga 2010:-
1) Tanah Wakaf Tapak Masjid

alt

2) Tanah Wakaf Tapak Surau

alt

3) Tanah Wakaf Tanah Perkuburan

alt

4) Tanah Wakaf Tapak Tanah SRAI dan Tadika Islam

alt

5) Tanah Wakaf Khas

alt

Berikut adalah Statistik Pelajar Tadika Islam MAIWP Labuan bagi Tahun 2008, 2009 dan 2010:-

alt

Taman Perumahan MAIWP Labuan

alt

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah membeli 15 unit Rumah Teres dua tingkat dengan nilai belian sebanyak RM1,813,500.00. Pada 4 Julai 2009 satu majlis penyerahan kunci kepada MAIWP Labuan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Hj. Anan C. Mohd.

 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Tingkat 12C & 13A, Blok 4,

Kompleks Ujana Kewangan,

Jalan Merdeka, Peti Surat 80960,

87019 Wilayah Persekutuan Labuan.

Tel: 087-418512

Fak: 087-418514

 
 
 
 
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini21
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini163

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini