Ahad, September 05, 2010
   
TEXT_SIZE
 
  • Membantu MAIWP mempertingkatkan pengurusan kewangan dengan mengkaji tahap pematuhan terhadap undang-undang, peraturan dan prosedur yang berkuatkuasa.
  • Membantu MAIWP menentukan program dan aktiviti diuruskan dengan ekonomi, cekap dan berkesan.
  • Membantu MAIWP mencapai matlamatnya melalui pendekatan yang sistematik dan berdisiplin untuk menilai dan menentukan keberkesanan semua proses kawalan dan tadbir urus.
  • Membantu MAIWP dalam meningkatkan kawalan ke atas pengurusan anak-anak syarikat.
  • Mengkaji semula organisasi dalam tempoh tertentu untu mengetahui sama ada fungsi perancangan, penyeliaan, arahan dan pengawalan berdasarkan dasar, arahan dan peraturan pengurusan telah dilaksanakan dengan berkesan sejajar dengan objektif dan amalan pengurusan yang baik.
  • Menentukan kebolehpercayaan dan keberkesanan sistem kawalan dalaman dan pengawasan operasi.
  • Mengkaji ketepatan dan kesahihan maklumat kewangan dan mengenalpasti cara untuk mengukur, menjenis dan melaporkan maklumat tersebut.
  • Mengkaji sistem sedia ada untuk memastikan ianya selaras dengan dasar dan peraturan terutamanya bidang yang mempunyai kesan terhadap operasi serta menentukan organisasi mematuhinya. Jika perlu, mencadangkan dasar yang sesuai.
  • Mengemukakan laporan-laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya mengenai operasi-operasi MAIWP kepada Ketua Pegawai Eksekutif supaya pemantauan terhadap kedudukan operasi MAIWP dapat dilaksanakan berdasarkan matlamat yang ditetapkan.

AKTIVITI DAN JENIS PENGAUDITAN UAD MAIWP :

  • Pengauditan Pengurusan Kewangan
    Objektif pengauditan ini antara lain adalah untuk menentukan sama ada perbelanjaan hasil, asset dan stor telah diuruskan mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan dan juga rekod-rekod kewangan telah diselenggara dengan sempurna.
  • Pengauditan Prestasi
    Pengauditan ini melibatkan penilaian terhadap program/aktiviti MAIWP untuk menentukan sama ada matlamat dan manfaat yang dikehendaki telah dicapai dan dilaksanakan dengan berhemat, cekap dan berkesan.
  • Pengauditan Pengurusan Terhadap Anak - Anak Syarikat
    Pengauditan adalah untuk menentukan sama ada pengurusan operasi dan aktiviti syarikat MAIWP telah dilaksanakan dengan sempurna mengikut peraturan dan tujuan penubuhannya dan selaras dengan arahan Majlis.
  • Penilaian Kawalan Dalaman
    Penilaian ini dijalankan di dalam tempoh kewangan bagi memastikan kawalan dalaman yang ada di MAIWP adalah mencukupi dengan menjalankan pengauditan-pengauditan seperti berikut:

    a) Pengauditan Sistem
    Pengauditan ini melibatkan pemeriksaan terhadap sistem perakaunan dan kewangan seperti pembayaran, penerimaan, gaji, jurnal, lejar am, penyesuaian bank dan sebagainya bagi menentukan sama ada kawalan yang ada adalah mencukupi dan mematuhi prosedur dan peraturan yang ditetapkan sepanjang tahun kewangan tertentu.

    b) Pengauditan Transaksi (Ujian Substantif)
    Ia merujuk kepada pemeriksaan terhadap pelbagai rekod dan transaksi yang dihasilkan daripada sistem perakaunan dan kewangan bagi menentukan sama ada rekod-rekod perakaunan tersebut telah disediakan dengan sempurna dan direkodkan dengan betul mengikut kehendak undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Antara dokumen-dokumen dan transaksi-transaksi yang terlibat adalah baucer bayaran, baucer jurnal, resit, penyata penyesuaian, hasil dan sebagainya.

    c) Semakan Terhadap Peraturan-Peraturan dan Garis Panduan MAIWP
    Ia merujuk kepada semakan terhadap peraturan-peraturan dan Garis Panduan yang digunapakai oleh MAIWP bagi menentukan isi kandungan peraturan-peraturan dan garis panduan yang digunapakai adalah mencukupi dari segi kawalan dalamannya dan bersesuaian dengan peraturan kerajaan yang berkuatkuasa.
 
 

PERANAN UNIT AUDIT DALAM MAIWP & JABATAN AUDIT NEGARA (AUDIT LUAR)

 

JAWATANKUASA AUDIT DALAM MAIWP
Fungsi Utama Jawatankuasa Audit berdasarkan Surat Pekeliling Am Bil. 3 Tahun 1998 adalah :

  • Mengkaji keperluan Unit Audit Dalam termasuk piagamnya.
  • Mengkaji keberkesanan da kemampuan sistem pengawalan dari dalam.
  • Mengkaji perancangan aktiviti audit oleh Unit Audit Dalam yang meliputi skop kerja, jadual, keanggotaan, serta penyelarasan di antara Juruaudit Dalam dan Luar.
  • Mengkaji laporan daripada Juruaudit Dalam dan Luar dan memperakukan tindakan susulan yang perlu kepada ahli MAIWP.
  • Mengkaji dan menasihat ahli MAIWP berhubung dengan penyata kewangan, prospektus dan laporan-laporan kewangan lain yang dikeluarkan.
  • Mengkaji dan menasihat Ahli MAIWP berhubung dengan maklumat prestasi secara kuantitatif di alas aktiviti yang tertakluk kepada auditan dan perkara lain yang melibatkan tanggungjawab sebagaimana yang diputuskan oleh ahli MAIWP.
  • Mengesan pematuhan kepada peraturan yang ditetapkan oleh ahli MAIWP serta tatakelakuan pegawai / kakitangan dan mengambil daya usaha menyiasat sebarang pertelingkahan yang berlaku dalam MAIWP yang berkenaan.
  • Memastikan bahawa MAIWP sentiasa mengubahsuai pelaksanaan kerja selaras dengan perubahan ikhtisas yang berlaku dalam bidang perakaunan seperti pengisytiharan oleh lnstitut Akauntan Malaysia dan Jawatankuasa Piawaian Perakaunan Antarabangsa.
  • Melaksanakan fungsi-fungsi yang ditetapkan oleh ahli MAIWP dari semasa ke semasa.
  • Melaporkan kepada pihak pengurusan mengenai kakitangan yang didapati telah melakukan sebarang penyelewengan, untuk tindakan yang sesuai.

 

 

 
-Klik pada imej untuk paparan yang lebih jelas -

 

KAKITANGAN UNIT AUDIT DALAM MENGIKUT PERJAWATAN

alt


BILANGAN LAPORAN YANG DIHASILKAN OLEH UNIT AUDIT DALAM
DARIPADA TAHUN 2005 - 2009

lokasi
Maklumat Lanjut Sila Hubungi :
Unit Audit Dalam
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
Tingkat 11, Bangunan PERKIM
No. 150, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur
Tel : 03-4047 9433
Fax : 03-4043 1872
 

 
 
 

Kembali












MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini21
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini163

Bilangan Pelawat Yang Sedang Online : 2
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini