Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
DAR ASSAADAH TURUT SERTA DALAM MALAM SENTUHAN KASIH DIRAJA NUR RAMADHAN

 

24 Ogos 2010 – Dar Assaadah telah mendapat jemputan berbuka puasa di Majlis Malam Sentuhan Kasih Di Raja Nur Ramadhan. Majlis tersebut diadakan di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Sime Darby dan dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah dan  YABhg Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Norkiah serta YB Senator Dato’ Dr. Mashitah Ibrahim.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk membantu meringankan beban golongan yang memerlukan dengan menyalurkan bantuan kepada rumah-rumah perlindungan dan badan-badan kebajikan untuk persediaan perayaan aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.

Seramai 43 orang pelatih dan 6 orang urusetia yang mengiringi ke majlis tersebut. Para pelatih telah menerima sumbangan berupa wang tunai dan cenderamata daripada penyumbang dan penaja majlis. Majlis yang dianjurkan ini secara tidak langsung membantu hasrat kerajaan bagi mewujudkan sebuah masyarakat penyayang dan melahirkan kearah generasi prihatin.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar sebagai tanda kenang-kenangan di majlis tersebut.

                                                                    

                                               Dar Assaadah Turut Menerima Sumbangan Pada Majlis Tersebut

                                                                Situasi Ketika Majlis Berbuka Puasa 

 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini137
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini684
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini