Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
LAWATAN KERJA JABATAN AGAMA ISLAM MELAKA KE DAR ASSAADAH

16 Ogos – Dar Assaadah telah menerima lawatan kerja daripada Jabatan Agama Islam Melaka dan seramai 15 orang ahli rombongan yang hadir diketuai oleh YB. Datuk Haji Ab Rahaman b.Ab Karim, Adun Pantai Kundur, Melaka.

Ketibaan mereka disambut oleh Ybhg. Tuan Haji Anan b. C Mohd Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP, Puan Zaiton b. Abdul Rahman Pengurus Bahagian Pembangunan Insan MAIWP dan pihak pengurusan Dar Assaadah.

Tujuan lawatan dilakukan adalah untuk mengetahui perjalanan program di Dar Assaadah untuk aplikasikan dalam cadangan Pihak JAIM bagi menubuhkan sekolah bagi remaja-remaja bermasalahl. Taklimat berkaitan Dar Assaadah telah disampaikan oleh Ybhg. Tuan Haji Anan b. C. Mohd. Dalam Perbincangan antara dua pihak tersebut JAIM menyatakan ada sedikit persamaan rancangan penubuhan sekolah mereka dengan Dar Assaadah. Setelah selesai perbincangan kedua-dua pihak bertukar cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan.

Seterusnya ahli rombongan dibawa untuk melihat sekitar Dar Assaadah bagi melihat dengan lebih dekat segala aktiviti yang dilaksanakan, antara tempat yang dibawa ialah asrama keluarga, bilik rehat, bilik BSK, asrama pelatih dan lain-lain. Selain daripada itu ahli rombongan juga dibawa melihat pelatih yang berpantang bersama anak-anak mereka.  

                                                                                  Menyambut Kedatangan Ahli Rombangan

                                               

                                                        Sesi Taklimat Yang Disampaikan Oleh Ybhg. Tuan Haji Anan b. C Mohd

    

                                                              Ahli Rombongan Dibawa Melihat Sekitar Dar Assaadah 

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini99
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini219
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini