| PROGRAM KHEMAH IBADAH UNTUK PENGHUNI DAR ASSAADAH |
|
12 Ogos – Dar Assaadah telah membawa penghuninya untuk menyertai program khemah Ibadah di Impiana Country Resort, Hulu Langat. Program ini Berlangsung selama 3 hari 2 malam dan melibatkan seramai 43 orang pelatih dan 4 orang urusetia. Program ini di rasmikan oleh Ybhg. Tuan Haji Anan b. C Mohd Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam ucapan perasmian beliau, Tuan Haji Anan melahirkan rasa berpuas hati kerana melaksanakan program ini sempena kedatangan bulan ramadhan. Dalam ucapannya lagi Tuan Haji Anan mengharapkan agar pelatih dapat memberi komitmen yang baik dan akan membantu mereka sekiranya ada yang berminat untuk melanjutkan pelajaran ke institusi dibawah MAIWP. Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung antaranya team building, renungan dan harapan, ana muslim, muhasabah diri dan night work. Sepanjang perjalanan program ini para fasilitator dapat mendalami naluri para pelatih dan memberi semangat serta motivasi supaya menjadi insan yang baik. Kebanyakan pelatih gembira menyertai program ini dan Dar Assaadah melihat perubahan mereka kearah yang positif. Majlis penutup dirasmikan oleh Puan Zaiton bt. Abdul Rahman Pengurus Bahagian Pembangunan Insan Maiwp, dalam ucapannya, beliau melahirkan rasa terharu terhadap pihak pengurusan Dar Assaadah dan penceramah kerana kesungguhan dalam memberi bimbingan kepada penghuni. Ujarnya kehadiran bulan Ramadhan bukan penghalang bagi kita meneruskan aktiviti yang baik seperti ini dan ianya sebenarnya mampu menguji dan melatih tahap kesabaran dan kecekalan dalam melaksanakan ibadat kepada Allah S.W.T. Tuan Haji Anan b. C Mohd, Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP merasmikan program khemah Ibadah yang dianjurkan Antara aktiviti yang dilaksanakan sewaktu perkhemahan Antara aktiviti yang dilaksanakan Majlis penutup program khemah ibadah di rasmikan oleh Puan Zaiton bt. Abd Rahman
|
BANTUAN MAIWP
MAIWP NET
Pelawat Terkini








![]() | Hari Ini | 99 |
![]() | Semalam | 120 |
![]() | Minggu Ini | 219 |








