Jumaat, Februari 10, 2012
   
TEXT_SIZE
MENGHAYATI ROH RAMADHAN DALAM TUGASAN INTIPATI PERHIMPUNAN BULANAN MAIWP LABUAN

06 Sept (Isnin) –  Roh Ramadhan begitu dirasai di dalam Perhimpunan Bulanan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan bilangan 4/2010 yang telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Kasturi dengan dihadiri oleh segenap lapisan kakitangan MAIWP Labuan termasuk guru-guru tadika. 

Perhimpunan ini dimulakan dengan bacaan doa dan nyanyian lagu-lagu patriotik termasuk lagu “MAIWP Berbakti, Berjasa” dan alunan Asma’ Al-Husna oleh semua warga MAIWP Labuan.  Perhimpunan bulanan kali ini telah membawa beberapa keistimewaan.  Antaranya,  perhimpunan ini diadakan dalam bulan Ramadhan Al Mubarak, bulan yang penuh keberkatan  dan telah memasuki fasa 2/3 bulan Ramadhan yang dikenali sebagai tempoh keampunan.   Selain itu, perhimpunan ini juga diadakan dalam gema kemerdekaan yang masih dirasai sampai ke hari ini.   

Pada Perhimpunan tersebut,  Us. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasihnya kepada semua pegawai dan kakitangan yang telah memberikan komitmen dan kerjasama yang luar biasa dalam menjayakan program-program yang telah diadakan termasuk program-program sempena bulan Ramadhan ini. Dalam ucapannya juga,  Tuan Pengurus berkongsi kelebihan Bulan Ramadhan untuk dijadikan tarbiyah dan kekuatan dalaman  warga MAIWP Labuan  dan berharap roh Ramadhan ini akan tersemat dalam jiwa semua pekhidmat MAIWP bagi melahirkan keperibadian yang lebih unggul dan serterusnya dapat meningkatkan mutu kerja selaras yang telah digariskan oleh Islam.

Dalam ucapannya lagi, beliau mengharapkan agar warga MAIWP Labuan sentiasa melahirkan kesyukuran kerana telah terpilih sebagai pekhidmat MAIWP dan menggesa agar semua kakitangan dapat mematuhi peraturan dan dasar yang telah termaktub dalam Akta Tatatertib Badan Berkanun 605 dan menunjukan prestasi yang baik selaras dengan sasaran kerja tahunan dan petunjuk prestasi.  Menurutnya tiada kompromi kepada mana-mana warga MAIWP yang telah melakukan  kesalahan dan peraturan yang telah dikuatkuasakan tersebut.

Dalam perhimpunan tersebut juga , Tuan Pengurus  telah memberikan kejutan kepada  12 orang kakitangan gred 11 ke bawah yang mana beliau telah mengumumkan pemberian bantuan khas hari raya sebanyak RM300.00 setiap seorang sebagaimana yang telah diputuskan oleh pucuk pimpinan tertinggi MAIWP. Diharapkan dengan adanya bantuan ini dapatlah sedikit-sebanyak membantu kakitangan tersebut  dalam persiapan menyambut aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi.  Majlis juga diserikan lagi dengan  penyampaian i-Iqra kepada  Tadika Islam Al Amal Tanjung Aru , W.P.Labuan  sebagai percubaan pertama penggunaan cd interaktif di kalangan murid-murid tadika Islam MAIWP Labuan.

Mengakhiri ucapan, beliau berharap agar semua warga kerja MAIWP Labuan berganding bahu dalam melaksanakan tugas seharian dan bekerjasama satu sama lain bagi memastikan semua yang dirancang dapat dilaksanakan secara aman dan harmoni. Beliau juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga MAIWP. Majlis diakhiri dengan bacaan doa penutup yang penuh syahdu oleh Tuan Pengurus yang menyebabkan sebilangan besar daripada kakitangan merasa sebak dan turut menitiskan airmata.

Us. Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Labuan menyampaikan ucapan amanat

 

Pn. Tainun Mohamad, salah seorang Pembantu Guru Tadika Islam MAIWP menerima sumbangan khas hari raya daripada Pengurus MAIWP Labuan


Pn. Mahsuri Md. Tahir, Ketua Guru Tadika Islam Al-Amal Tg. Aru  menerima peralatan CD Interaktif i-iqra’ daripada Pengurus

 
Pegawai dan Kakitangan MAIWP Labuan tekun mendengar amanat daripada Pengurus

 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini138
mod_vvisit_counterSemalam142
mod_vvisit_counterMinggu Ini685
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini