Selasa, Februari 07, 2012
   
TEXT_SIZE
ZIARAH ASNAF LABUAN EDISI KHAS

07 September 2010 (Selasa)- Keperitan Mentari Ramadhan bukanlah menjadi halangan yang besar kepada Pegawai dan kakitangan MAIWP Cawangan Labuan untuk meneruskan sesi program Ziarah Asnaf. Program pada kali ini dinamakan “Ziarah Raya” khusus sempena ketibaan 1 Syawal 1431H.

Golongan sasar yang terlibat pada program kali ini lebih fokus kepada golongan fakir yang dhaif dan tergolong dalam penerima bantuan Skim Agihan Zakat, Baitulmal MAIWP Cawangan Labuan. Sebanyak 7 keluarga dan sebuah pusat Madrasah Tahfiz Merinding telah dikenal pasti untuk diziarah pada kali ini. Program tersebut dilaksanakan bukan saja bertujuan untuk menjalinkan ukhwah bahkan untuk melihat sendiri persiapan golongan yang tidak berkemampuan bagi menyambut ketibaan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Rombongan “Ziarah Raya” ini di ketuai oleh Ustaz Ahmad Talmizi bin Yahaya, Pengurus MAIWP Cawangan Labuan berserta dengan beberapa orang kakitangan MAIWP lain. Dalam program tersebut pelbagai bentuk sumbangan turut di berikan kepada golongan sasar seperti makanan asasi beras, gula dan minyak masak serta hamper yang mengandungi biskut raya dan minuman. Sumbangan ini diharapkan memberi sedikit keceriaan kepada golongan ini dan semangat agar mereka tidak merasa tersisih. Program ziarah raya kali ini benar-benar mendatangkan keinsafan dan semangat bagi warga Baitulmal MAIWP Labuan untuk terus membantu dan menjalankan tanggungjawab yang di amanahkan sebaik mungkin.

Pengurus MAIWP Labuan menyerahkan hamper raya kepada anak bongsu Puan Sadiah binti Pungut (Ibu tunggal) .Beliau mempunyai 4 orang anak yang mana keseluruhannya bersekolah dan terpaksa menyewa rumah. Pendapatan beliau  hanyalah RM200.00 ke RM300.00 sebulan (menjahit pakaian) disamping menerima Bantuan Bulanan MAIWP Labuan

 

Pengurus MAIWP Labuan menyampaikan makanan keperluan asasi kepada golongan sasar iaitu bapa Encik Tamin bin Latif. Beliau (sedang duduk berbaju kuning) sakit akibat kemalangan (lumpuh) mempunyai anak seramai 5 orang dan 3 daripadanya bersekolah. Tiada pendapatan hanya mengharapkan Bantuan Bulanan daripada MAIWP Labuan

 

Pengurus menyampaikan hamper raya kepada anak-anak Puan Rosimah binti Abd Aziz (Ibu tunggal). Beliau tiada sewaktu sesi ziarah kerana sedang bekerja sebagai Housekeeping disalah sebuah hotel di Labuan. Mempunyai seramai 5 orang anak, 2 orang sedang belajar di IPT dan 3 orang lagi pelajar sekolah. Pendapatan dari hasil kerja beliau hanyalah RM550.00 sebulan. Mereka sekeluarga tinggal di rumah PPRT dan juga merupakan penerima Bantuan Bulanan MAIWP Labuan. Difahamkan anak-anaknya belum ada pakaian baru untuk hari lebaran kerana ibunya berkesempitan wang
 
 
Pengurus serta Pegawai Baitulmal MAIWP Labuan sedang bertanyakan khabar dan keadaan rumah  Encik Mohd Zainuddin bin Mohd Ali yang amat dhaif. Beliau bekerja hanyalah sebagai buruh kasar dengan pendapatan tidak menentu dalam lingkungan RM600.00 sebulan. Mempunyai tanggungan seramai 6 orang termasuk isteri yang tidak bekerja dan 4 anak yang bersekolah. Rumah yang baru 2 bulan diduduki ini dibuat dari kayu-kayu terpakai dan tiada bilik,  tiada elektrik serta air. Hanya mengharapkan cahaya pelita dan air hujan sebagai sumber utama. Penerima skim Bantuan Bulanan ini diberi jaminan oleh Pengurus untuk diberi perhatian sewajarnya dalam masa terdekat
 
 
Pengurus MAIWP Labuan sedang menyampaikan hamper raya kepada anak bongsu Encik Mohd Zainuddin bin Mohd Ali. Turut dihulurkan adalah sumbangan makan asasi seperti beras, minyak masak dan gula 
 
 
Pengurus MAIWP Labuan diiringi oleh Ust. Emilia Hazerena Matahir, Ketua Unit Keurusetian dan Operasi, Bahagian Baitulmal MAIWP Labuan sedang menyampaikan hamper dan makanan asasi kepada Puan Isah binti Ali, seorang Ibu tunggal yang mana tidak dapat bekerja kerana sakit akibat kemalangan. Beliau juga mengalami gangguan mental (tidak serius) dan tekanan perasaan akibat perceraian dengan suaminya. Mempunyai tanggungan seramai 5 orang anak yang mana ada antaranya masih bersekolah. Tiada pendapatan hanya mengharapkan bantuan bulanan dan bantuan sewa rumah daripada MAIWP Labuan
 
 
Us. Ahmad Talmizi Yahaya, Pengurus MAIWP Labuan diringi Us. Mohd Azri Iberahim, Ketua Unit  Pembangunan Akedemik dan Wakaf, Bahagian Baitulmal MAIWP Labuan sedang menyampaikan makanan keperluan asasi seperti beras, minyak masak dan gula kepada wakil Madrasah Tahfiz Merinding. Sebanyak 10 kampit beras dan 20 kampit gula dan minyak masak telah disumbangkan kepada Madrasah terbabit sebagai tanda sokongan dakwah kepada umat Islam yang menuntut Ilmu pengajian Al-Quran.  Madrasah terbabit yang ditubuhkan oleh pihak individu hanya mengharapkan sumbangan orang ramai dalam operasinya dan mempunyai 20 orang pelajar. Madrasah tersebut juga berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Labuan
 

Kembali

INFORMASI MAIWP





MAIWP NET

SYARIKAT MAIWP

Pusat Pungutan Zakat

IKLAN

PENERBITAN

 

AKTIVITI MAIWP

Majlis Bersama Jabatan

SERTAI KAMI

Pelawat Terkini

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini95
mod_vvisit_counterSemalam120
mod_vvisit_counterMinggu Ini215
Paparan Terbaik
Resolusi terbaik bagi melayari web ini adalah 1024x786 dan perisian pelayar terbaik adalah Mozilla Firefox

Penafian
Kerajaan Persekutuan dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web ini